Puas Arayn membantah, puas juga Naazneen
menggeleng tetapi Helmie sudah buat panggilan intercom direct kepada Jasmin
yang pejabatnya terletak di tingkat 5 bangunan yang sama. Sementelah Naazneen
tidak tertahankan. Sakit di perut luar biasa peritnya. Belum pernah dia alami
sebelum ini. Bukanlah kuat sangat Arayn tendang dia tadi. Naazneen pernah kena
tendang lebih kuat daripada itu. Namun, tidaklah sesakit yang dirasai kala itu.
Dia mahu menjerit.
Mahu meraung. Tapi kerana Arayn, dia harus kuat. Di depan Liyana, dia harus
tabah. Di depan Helmie, dia harus sabar. Lantas, walaupun duduk di sofa kecil,
tubuhnya mencengkung juga. Menyembunyikan muka yang berkerut seribu.
Arayn resah tak
sudah. Belum selesai dengan Liyana, perang ke dua dengan Jasmin pula. Bukanlah
Jasmin tu kejam sangat. Jasmin sangat berbeza berbanding Liyana. Kerana
perbezaan itulah, sukar bagi Arayn menduga persepsi kakak yang setahun beza
umur dengannya.
Dalam masa yang
sama, bimbang pula melihat Naazneen yang membisu, menggenggam sakitnya. Jauh di
lubuk hati dia kagum dengan gadis itu. Tidak pernah dia bertemu dengan gadis yang
cekal. Yang tak mahu kalah. Yang tidak mahu rebah.
“Siapa yang
sakit?” Jasmin muncul di muka pintu yang sudah dibuka oleh Helmi dengan pakaian
formalnya.
“Arayn, kau
sakit?” risau terpampar di wajahnya.
Arayn menuding
kepada Naazneen yang berpegang tangan dengan Liyana. Berkerut muka Jasmin.
“Siapa pula
perempuan ni? Awek baru pula. Bilalah kau nak bawa calon isteri?” Sempat Jasmin
merungut seraya menghampiri Naazneen. Hanya kala itu barulah dia menyedari
Liyana dan Helmie turut berada di situ. Jasmin terpaku.
“Ehhh, apa kamu
berdua buat di sini?
Arayn raup-raup
muka yang sedikit berjambang. Memang dia tidak suka wajah yang bersih. Sengaja
dia biarkan bulu-bulu pendek tumbuh di muka. Makin dia gosok, makin banyak
peluh pula yang keluar. Iskkk! Tahulah bukan kerana dia lewat seminggu
bercukur, tapi mesti kerana bom yang bakal meletus di tengah-tengah ruang
pejabatnya itu.
“Tak payahlah
tanya dulu. Buat kerja kau. Ni ha, Naazneen tengah sakit perut. Kau kan pakar,
tengokkanlah.”
Liyana tarik
tangan Jasmin sehingga berada di depan Naazneen. Naazneen cuba untuk tidak
memandang Jasmin. Cuba untuk tidak berasa gentar. Cuba juga untuk berlagak
tenang. Tetapi tubuhnya seram sejuk.
Jasmin keluarkan
stetoskop dari saku uniform putihnya. Peti putih kecil yang selalu dibawa
merata-rata, dibuka lebar-lebar. Semua keperluan ada di situ. Hanya setelah
bersedia, barulah dia sempat menilik wajah Naazneen. Dia terkesima sejenak.
“Wow, cantik pula
gadis ni. Siapa nama?”
“Naazneen.”
Naazneen tidak buka mulut pun. Liyana, Helmie dan Arayn yang serentak bersuara.
“Ha, secantik
orangnya. Padan dengan nama,” puji Jasmin sambil memeriksa nadi Naazneen.
Naazneen tengah
berperang dalam dada. Macam mana nak tenangkan debarannya? Macam mana
kalau-kalau Jasmin tersalah sukat degupan jantungnya? Pasti nadinya pun
kencang, sekencang-kencangnya.
“Okey, selak
baju.”
Arahan Jasmin
membuat Naazneen sentak. Dalam gelabah itu kelopak matanya naik bertembung
dengan Arayn. Pantas, Arayn berpusing. Membelakanginya. Helmie yang ralit
dengan telefon bimbitnya, juga dipaksa berpusing oleh Arayn.
Takkanlah dia
biarkan orang lain tengok Naazneen, kan? Walaupun Naazneen tak berpakaian seksi
seperti Tizz, tapi dia tahu kulit Naazneen sangat mulus. Seperti mana kakinya
yang terdedah dan tampak menggoda itu. Oppsss! Ke situ pula matanya merayap,
ya?
Hanya apabila
stetoskop menyentuh perut Naazneen barulah dia angkat muka memandang Jasmin.
Tak sangka, Jasmin dan Liyana seiras. Tak ada pula Arayn cakap yang kakaknya
dua orang ni adalah kembar. Nasib baiklah Jasmin bertudung. Manis orangnya. Saiz
badan Jasmin dan Liyana pun sama. Macam mana agaknya Helmie nak membezakan
antara isteri dan kakak atau adik iparnya itu, kalaulah Liyana pun bertudung?
Perut Naazneen
ditekan-tekan dan Naazneen mengerang serta-merta. Tertoleh terus Arayn. Kalut,
Naazneen tarik blaus yang terbuka di bahagian perut.
“Hish! Jangan
kacau orang buat kerja,” marah Jasmin, menyelak kembali blaus Naazneen. Tebal
muka Arayn. Malu apabila Helmie menyiku.
“Dah berapa hari
sakit perut ni?” Doktor dah mula bertugas ya.
“Sejak pagi tadi.”
“Makan apa tadi?”
Naazneen geleng.
“Tak makan lagi?”
Dahi Jasmin berkerut. Arayn gigit bibir pula. Takkanlah dia tak makan dari
pagi?
Naazneen angguk,
lemah.
“Hmmm, bila kali
terakhir makan?”
“Ehhh, petang kelmarin.”
Jasmin terpaku.
Mendengus terus. Liyana dan Helmie mengeluh. Arayn rasa tak sedap hati.
“Takpe, saya bagi suntikan tahan sakit
dulu. Lepas tu, saya nak sambung check.
Rasa ada yang tak kena ni.”
Suntik? Naazneen
menggelabah. Oh no, dia memang takut
jarum. Mesti meraung. Macam mana dia nak kuat depan mereka semua ni?
Baju dibetulkan.
Naazneen kembali duduk elok-elok. Jasmin mengambil jarum dan cecair di dalam
peti kecilnya. Melihat jarum yang tajam itu, seluruh tubuh Naazneen menjadi
kecut. Dia kemam-kemam bibir. Apa yang harus dia buat? Takkan nak nangis di
sini.
Naazneen pandang
Arayn yang masih membelakang. Memohon simpati. Tetapi Arayn tidak perasan pun.
“Awak nak cucuk
kat lengan atau paha?” soal Jasmin, sambil membawa jarum dekat dengan muka
Naazneen.
Naazneen sua
lengan. Blaus putih berlengan panjang itu diselak habis sehingga melepasi siku.
Malangnya, kerana potongan yang ketat, ia tersekat, tidak boleh sampai ke
lengan di bawah bahu.
“Apa kata saya
cucuk di paha. Senang sikit,” ujar Jasmin. Naazneen tambah gelabah. Memanglah
dia pakai skirt sampai takat lutut
sahaja. Tapi dia tak suka nak tayang paha. Itupun kepada kakak iparnya yang dua
orang sedang tekun menjamah tubuhnya dengan mata.
“Angkat skirt
awak,” arah Jasmin sedikit tidak sabar. Geram pula apabila pesakit begini pun
masih nak maintain malu-malu. Seribu
satu macam andaian yang berlegar di benaknya. Namun, dia lebih professional.
Pesakit lebih diutamakan berbanding personalnya.
Apa lagi yang melibatkan peribadi pesakit juga.
Naazneen geleng,
keras. Tidak mahu angkat skirtnya. Dia pandang Liyana sebelum anak matanya
meliar kepada dua lelaki yang membelakangi mereka di dalam bilik itu. Liyana
senyum, memahami.
“Arayn dan Mie,
tolong keluar sekejap,” pinta Liyana lalu terus menolak tubuh suaminya ke muka
pintu.
Arayn merenung
Naazneen sekilas sebelum melangkah juga. Mulanya Naazneen biarkan sahaja tetapi
apabila matanya terarah kepada jarum tajam itu, serta-merta kekuatannya hilang.
Terbang dibawa langkah kaki Arayn.
“Awak…” panggilnya
kuat dan lantang.
Arayn berpaling
tika bulu tengkuknya meremang. Ahhh, dia suka bila Naazneen panggilnya ‘awak’
dengan nada manja gitu. Naazneen
gigit-gigit bibir. Berbelah bahagi. Apalah yang dia nak. Nak suruh Arayn tunggu
atau nak dia blah jer? Arayn menanti.
Hati bagai dipalu-palu.
“Pergilah temankan
dia. Dia takut jarum tu,” bisik Liyana di telinga adiknya. Seorang kakak yang
sangat prihatin.
Lantas, Arayn bawa
kaki. Duduk di sofa sebelah Naazneen. Tanpa sedar, tangan mereka bersentuhan.
Terus sahaja, Naazneen menggenggam jari-jemari Arayn. Buntang mata Jasmin. Merah
mukanya sama.
“Don’t tell me that she is special?”
“Oh ya, she’s special. Believe me,” sampuk
Liyana di belakang.
Arayn dan Naazneen
sama-sama tunduk. Tapi tangan tu…alahai, berpaut juga.
Jasmin jadi tak
senang. Jarum diletakkan semula. Hilang professionalismnya
tadi. “Tell me now!” Dia bengang.
Ternyata dia ketinggalan.
Bukan sekali ini.
Dia selalu ketinggalan dalam semua perkara. Selalu diabaikan daripada
berita-berita sensasi terutamanya. Bukanlah dia nak sangat ambil tahu. Tapi,
semua berkaitan Arayn itu membimbangkan dia. Lebih-lebih lagi setelah apa yang
terjadi dua bulan lepas. Dia sendiri sukar mencari penawar buat adiknya itu.
“Better kalau Arayn sendiri yang cakap.”
Liyana suka hati. Sengaja menambah tekanan kepada Arayn. Arayn intai Naazneen.
Naazneen intai pula Arayn.
“Ohhh, my my my…” Jasmin tutup mulut. Tingkah
dua merpati itu tidak asing baginya. Dia boleh bayangkan. Tidak mungkin.
“Don’t you dare tell me that you done this to
her?” Jasmin marah. Sangat-sangat marah. Dia berdiri. Mencekak pinggang.
Matanya bukan lagi setakat membelalak. Tapi dia dah menahan-nahan nafas yang
berdesup-desup mahu memuntahkan kemarahan.
Arayn tersentap.
Hairan melihat Jasmin tegang.
“I don’t nothing.”
“Yelah nothing. But you dah buat dia
macam ni. That’s more than nothing,”
sampuk Liyana.
Jasmin urut-urut
dada. Semacam kena serangan sakit jantung. Lepas satu perkara sekarang perkara
lain pula.
“Jas, jangan risau
sangat. Mereka dah kahwin.” Liyana tabur buka cempaka di pusara.
Ha? Arayn dah
kahwin? Adiknya yang playboy tu dah
kahwin? Tak hairan kalau perempuan ni perangkap dia.
“Saya rasa…”
Naazneen baru buka
mulut apabila Jasmin melenting di depan mukanya.
“Awak sengaja
perangkap adik saya?”
Naazneen tergamam.
Dia faham Jasmin bengang. Jasmin tak tahu hujung pangkal. Jasmin hanya
melindungi Arayn. Tetapi, Naazneen tetap tersentuh hati. Terasa dengan tuduhan
Jasmin.
Liyana segera
mendepani Jasmin. Mahu menjelaskan kekeliruan di benak akal Jasmin memandangkan
Arayn sendiri masih dalam dilema.
“Jas, bukan macam
tu.”
“Bukan apa lagi?
Mestilah sebab dia perangkap Arayn selama ini. Selepas dah mengandung, dia
bolehlah paksa Arayn kahwin. Sebab tu Arayan tak cakap dengan kita, tak cakap
dengan Mama.”
“What?” semua terjerit.
“Yes, she’s pregnant!”
Serta-merta, Arayn
tarik tangan. Naazneen turut tersentak. Arayn tidak menduga ini terjadi. Dia
masih kaku apabila Liyana tertawa berdekah-dekah.
“Wow Arayn! Kau
bukan takat menang loteri, jackpot
pula tu. Bravo bravo.” Liyana
tepuk-tepuk tangan.
“Tak. Saya tak
mengandung.” Tak mungkin dia mengandung, kan? Dia belum sedia. Bukan tidak
suka. Tapi, dalam keadaan dia yang tidak tahu arah, dia tidak mahu menambah
tekanan kepada emosinya sendiri.
“Ya, awak mengandung.
Arayn, tahniah seribu kali kerana membelakangkan keluarga sendiri.”
Jasmin merenung
Arayn yang tidak terkutik. Tajam memanah ke dalam matanya. Seraut wajah
Naazneen yang keliru juga dikerling sekilas.
Arayn benar-benar
buntu akal, mati emosinya. Takkanlah Naazneen mengandung pula. Baru sahaja dia
cuba menimbang bukti dan dakwaan Naazneen. Menghadam dan mengakui kebenaran di
balik kemunculan Naazneen. Dalam dia berusaha memujuk hati agar mengakui
Naazneen sebagai isteri, dia dihempap dengan berita gempar ini.
“Tak mungkin dia
mengandung. Jas, kau mungkin silap.” Arayn cuba berfikir tenang, bertindak
rasional.
“Apa pula
silapnya.” Jasmin enggan menerima kata-kata Arayn. Serta-merta dia berpaling
kepada Naazneen. “Bila kali terakhir awak period?”
soalnya, yakin.
Naazneen
mencongak. Mata Arayn melekat ke muka Naazneen. Mengharap magik kali.
“Ahhh…ah…tak
ingat…” Naazneen memang tidak ingat. Dia sibuk memikirkan Arayn. Tidak sangka
perkara biasa itu perlu dimasukkan ke kotak ingatan. Dipandang muka Arayn yang
hampa sangat-sangat.
“Now tell me bila pula kamu berdua ni berkahwin?”
“Mereka kahwin
masa Arayn di Kuching.” Liyana yang menjawab tenang. Seolah-olah tahu
serba-serbi.
“Dua bulan lepas?”
Liyana angguk.
“Masa Arayn hilang
ingatan?”
Liyana angguk
juga.
“Ohhh,” Jasmin
terkedu.
“You see,
ada banyak yang kita kena soal adik ipar kita sebab Arayn tak ingat apa-apa
pun.” Kata-kata Liyana itu dipandang logik oleh Jasmin. Dia kembali menenangkan
diri dan membiarkan Arayn berperang dengan emosi.
Jasmin kembali
memegang jarum suntikan. Naazneen sendiri terlupa tentang sakit di perutnya.
Mungkin kerana kehadiran bayi itu sudah dikesan, makanya benih yang di dalam
rahim itu seakan mengerti. Rajuknya hilang tiba-tiba. Perut Naazneen tidak
sesakit tadi.
“Dah tak sakit.
Tak payah jarum, boleh?” Naazneen kerlip-kerlip mata. Mohon simpati.
Jasmin berfikir
sejenak. “Yalah. Tak elok nak jarum-jarum ni apabila ada baby dalam perut. Tapi awak kena makan ubat. Saya bagi ubat sikit.
Rayn, suruh orang ambilkan air.”
Dalam terpaku itu,
Arayn intercom setiausahanya untuk
membawa masuk segelas air.
“Berapa lama awak
kenal Rayn sebelum kahwin?” soal Jasmin sambil memilih ubat untuk Naazneen.
“Tiga hari.”
Arayn tersentak.
Liyana dan Jasmin berpandangan.
“Tiga hari kenal korang terus kahwin?”
Lambat-lambat,
Naazneen tunduk. Malu. “Arayn yang nak.” Kan dah cakap Arayn tak suka buang
masa.
Anak mata Jasmin
meliar membelek tubuh Naazneen. “Kami faham kenapa Arayn gelojoh sangat.”
Arayn tutup muka
dengan telapak tangan. Merah!
“Macam mana korang kenal?” Liyana pula menyoal.
Tidak mahu ketinggalan.
Naazneen herotkan
mulut. Segan pula nak cakap. Tetapi, tidak sanggup menghampakan kedua-dua kakak
iparnya, dia buka mulut juga.
“Arayn koyakkan
baju saya.”
Ha? Kali ni Arayn
buka mata besar-besar. Terkekek-kekek Liyana dan Jasmin.
“Kenapa dia
koyakkan baju awak?”
“Sebab…sebab…” Alahai,
manalah dia boleh cakap. Takkanlah nak cakap. Mana nak sorok muka nanti?
“Sebab apa?”
Jasmin tak sabar. Iskk! Bukan dia dan Liyana saja yang tak sabar, tapi Arayn
pun tak sabar. Entahlah. Tak tahu kenapa pula dia berminat nak tahu?
“Sebab Arayn nak
makan…” Naazneen gigit bibir. Terhenti
sejenak. Pecah ketawa Liyana dan Jasmin.
Gulppp! Arayn nak
sorok bawah meja. Dalam tak ingat apa pun, dia boleh malu. Malu berlipat-lipat
pula tu.
Melihat riak wajah
Arayn yang malu dan tingkah Jasmin dan Liyana yang aneh, zuppp, laju jer dia dapat tangkap makna di sebalik
gelagat itu.
“Bukan.” Naazneen
gelabah. Pipinya turut membahang. “Bukan begitu. Arayn tak sengaja sebab saya tak
bawa makanan yang dia minta. Jadi, masa dia tarik tangan saya, dia tak sengaja
koyakkan lengan baju saya.” Naazneen menjelaskan.
“Ohhhh!” Panjang ‘oh’ Liyana dan Jasmin
serentak. Arayn berasa lega. Kalau macam tu, memang logiklah. Naazneen
tersipu-sipu tunduk apabila ekor mata Arayn meliar padanya. Haaa, tak usah nak
soroklah Arayn. Naazneen tahu Arayn juga menggelabah tadi.
No comments:
Post a Comment