Wednesday 31 October 2018

MISTRESS BUKAN PILIHAN - coming soon

BAKAL TERBIT
JUALAN PRE-ORDER SAHAJA
CETAK SETAKAT YANG BAYAR SEWAKTU PRE-ORDER SAHAJA
TIADA DIJUAL DI MANA-MANA KEDAI
TIDAK DIJUAL OLEH MANA-MANA SELLER
TERPILIH BERSYARAT

whatsapp 01131660995 sehingga 30/11/2018 sahaja


PROMOSI HUJUNG TAHUN 2018

Hai, 

Maaf lama sangat tak update apa-apa dalam blog ini. Saya lebih tertumpu kepada facebook. Pada uols yang baru nak kenal. Baru nak try baca buku2 saya, boleh cuba dengan genre ringan dengan harga yang murah sangat. Promosi ini hanya tertakluk kepada stok. Sila whatsapp 01131660995 dahulu untuk mengetahui status stok buku. 


Untuk pertanyaan buku2 yang lain, boleh whatsapp juga. Namun, tiada semua buku ada dan harga berbeza-beza. 

Terima kasih. 

Thursday 27 September 2018

Zine - ONE MISTAKE





One Mistake - sinopsis

Hunter-vampire panglima perang. Dia hanya tahu bunuh musuhnya. Pandangannya berbisa, suaranya tak pernah kedengaran dan sentuhannya pasti membawa maut. Libasannya kencang, gerakannya halimunan. Apa jadi bila Sang Ratu menitahkannya untuk berkahwin dengan seorang manusia? Gadis yang terpilih dari keluarga paling kaya.

“Hantar saya bertarung dengan puting beliung pun saya sanggup, tuanku. Tapi…kahwin?” Aduh! Ibarat memenggal kepala sendiri.

Rycca-gadis manusia yang jadi idaman semua jejaka. Sayangnya, darjatnya terlalu tinggi untuk disamai. Sedangkan manusia rata-ratanya adalah kelas bawahan. Lantas, bila lamaran dari istana mengetuk hidupnya, Rycca tidak kisah kalau terpaksa bersuamikan seorang vampire. Bukan calang-calang vampire pula tu.

Sayang seribu sayang, pada saat Rycca sudah menaruh harapan, mencipta perasaan, Hunter menarik balik lamaran istana? Apa salahnya? Di mana silapnya? 


PROMOSI!!! PROMOSI!!! SEPANJANG OKTOBER 2018

PILIH MANA-MANA 4 DARIPADA SENARAI BUKU DALAM GAMBAR DI ATAS. BERMINAT BOLEH WHATSAPP TERUS KE NOMBOR 01131660995. ATAU BOLEH JENGUK FACEBOOK SHEISBELL AUTHOR.

STOK BUKU BERGANTUNG KEPADA MANA YANG ADA.

HARGA PROMOSI HANYA UTK 4 BUKU. TIADA HARGA PROMOSI JIKA BELIAN KURANG DARIPADA 4 BUKU. HARGA SUDAH TERMASUK KOS POSLAJU.

BERMINAT WHATSAPP 01131660995. THANK YOU.

Wednesday 18 April 2018

BUKAN KEKASIH PINGGIRAN - Bab 1

PROLOG (tekan kat bab tu)


Berlari-lari anak meredah hujan dan tanah berlecak, aku tak lepaskan pegangan tangannya. Sesekali dia menoleh, mengawasi diriku yang turut berhujan sepertinya. Tujahan matanya menyimpan rasa simpati yang menggunung. Aku cekalkan hati agar tidak menambahkan kekusutan dalam fikirannya.
Sampai di satu lorong belakang antara dua bangunan teres kedai dua tingkat, kami berhenti sejenak. Tumpang berteduh di bawah bumbung sebuah kedai yang disambung atapnya. Menjadi garaj terbuka untuk kereta memarkir di situ.
“Kau tak apa-apa, Scha?” Dia raup mukanya dahulu, sebelum menguis rambutku yang terkeluar dari tudung bawal. Basah berjuntaian, menutup dahi.
“Tak. Aku okey, Dzal.”
Namanya Dzal Aidi. Hanya aku seorang yang panggil dia dengan nama pertamanya itu. Pemuda yang aku cintai, dari kecil lagi.
Hujan turun dengan lebat. Sesekali percikannya mengena muka. Aku raup dengan sebelah tangan. Meski terkial-kial, aku berusaha untuk bertenang.
Bibir sudah pucat lesu. Badan menggigil kesejukan. Tangan yang aku genggam, aku pereratkan. Cuba meminjam sedikit hangatnya genggaman itu.
"Sejuk?" soalnya, kala berpaling padaku.
Aku geleng kecil. Tak mahu dia bimbangkan keadaanku. Kerana sesungguhnya, dia pun sama sepertiku. Sebenarnya, dia yang terperangkap dalam situasi diriku.
"Sekejap saja lagi. Nanti kita sampai sana," pujuknya, meraut rambutnya yang basah ke belakang. Membiarkan matanya melihat jauh ke dalam mataku tanpa penghalang.
“Dia akan tolong kita?” soalku sedikit bimbang. Bagaimana kalau usaha kami tidak berjaya? Bagaimana kalau selepas bersusah-payah, semuanya sia-sia sahaja.
“Dia akan tolong kita.” Dzal Aidi yakinkan aku. Dalam masa yang sama, meyakinkan dirinya sendiri. Sepicing rasa ragu yang menyelinap di balik sinaran matanya, dia lontarkan ke dada langit. Seakan mahu dibawa pergi oleh titis hujan.
Sempat aku intai kebimbangan yang berlalu sepintas lalu itu.
“Aku takut, Dzal.” Suaraku bergetar. Diiringi air mata yang jatuh dari kelopak mata. Bercampur air hujan dari tudung serentak jatuh ke pipi. Berlumba-lumba turun tetapi sempat meragut perhatian Dzal Aidi kembali padaku.
“Scha?” Dia jadi prihatin. Tangannya laju menyeka air mata yang mengalir itu.
Dadaku jadi sebak. Pipiku jadi balapan air mata. Seakan ada acara pecut di situ. Jari-jemari Dzal Aidi tekun menyeka titis demi titis.
“Jangan nangis, Scha. Doakan kita akan berjaya sampai di sana.”
Aku tahu Dzal Aidi akan usahakan sesuatu agar kami sampai ke sempadan Thailand itu. Masalahnya, apa yang akan berlaku setelah kami sampai di sana? Kami tiada apa-apa melainkan duit dari gadaian rantai leherku tadi. Berapa sangatlah.
“Scha…” tangannya tiba-tiba menongkah daguku. Menatap ke dalam mataku, mencari kepastian dariku.
“Kau percayakan aku, kan?”
“Kalau aku tak percayakan kau, aku takkan pujuk kau lari dengan aku, Dzal.”
Pegun tak berganjak menatap wajahku, tiada keraguan di balik wajah Dzal Aidi kala kata-katanya umpama sumpah keramat bermain-main dalam kepalaku.
“Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kau, Scha. Inikan setakat lari, kahwin dan bina masa depan dengan kau. Bukankah ini yang kita impikan selama ini.”
Aku heret dia dengan rancangan kahwin lari ni. Tidak pernah terfikir dalam benak akalku, tergamaknya aku melukakan hati ibu bapa Dzal Aidi. Orang tua yang aku anggap seperti ibu bapa sendiri.
“Tapi, aku tak mahu lukakan hati orang tua kau. Macam mana kalau pak cik dan mak cik terima berita ni? Mana mereka nak letak muka nanti?”
Aku tiba-tiba panik. Rasa bersalah dan tersepit.
“Shhh! Mereka akan kehilangan aku kalau mereka biarkan kau pergi.” Dzal Aidi lepaskan rasa geram. Kejadian semalam masih segar dalam ruang ingatan kami.
“Aku tak mahu berpisah dengan kau, Dzal. Aku tak mahu ikut nenek…” Aku dah hilang semangat. Ratapan semalam berulang tayang sekali lagi. Dzal Aidi terus sahaja meletakkan kedua-dua tangannya, mencempung pipiku.
“Scha, tiada siapa yang akan memisahkan kita lagi. Sekejapan sahaja lagi, kita akan pergi jauh dari sini.” Dia cuba memujuk hatiku,
Esakku terus berlagu.
Panik, Dzal bawa tangannya terus ke belakang badanku. Spontan, tubuhku dipeluk dengan sebelah tangan. Sebelah tangan pula, mengusap bahuku yang basah.
Menyedari keintiman kami buat pertama kalinya, aku jadi cangkung serta-merta. Esakku tersekat. Tangisanku mengendur. Lalu, malu-malu, aku jarakkan badan.
Dzal Aidi buat-buat tak terkesan. Tapi wajahnya sama sepertiku. Merah menahan malu yang terpercik tanpa sedar. 

BUKAN KEKASIH PINGGIRAN - Prolog


“Dzal…kau tak patut buat ni.” Aku mendesah, walaupun minda dan bibir berlainan kata.
Aku tak boleh hentikan Dzal Aidi. Rindu ini terlalu tebal, dan dia sedang meruntuhkan tembok yang memisahkan kami selama ini.
“Aku tahu, Scha. Tapi, aku rindu…” Suaranya bagai elektrik yang merenjat seluruh tubuhku. Terlupa seketika kepalanya berada di antara dua bukit yang berdenyut-denyut di dadaku. Bibirnya meratah lembah di antara dua gunung itu. Seolah-olah, menyentuh ke dalam hatiku.
Badanku menggeletar. Suaraku berbisik perlahan. Mataku kuyu dan mindaku semakin hanyut dipukau.
“Dzal…” Kepalanya cuba aku tolak tapi dia turun menjalar ke perutku. Kulit di perut bergetar dek kucupan sensual bibir seksi itu.
Asyiknya!
Nikmatnya!
Spontan, minda membandingkan Dzal Aidi dengan lelaki lain yang pernah menyentuhku di situ. Anehnya, tiada yang mampu menandingi kehebatan Dzal Aidi.
Saat itu, aku sedar makna kehilangan yang cuba aku cari selama ini. Rindu itu buat air mataku gugur. Kerana rindu itu seiring dan sejajar dengan kerinduan yang tak tertanggung olehku lagi.
Aku tewas akhirnya. Lemah, kepalaku dijatuhkan menyentuh bantal. Tanganku yang masih dicengkam tangannya, hanya mampu menggenggam cadar.
Aku tahu ini adalah salah.
Aku tahu ini bukan cinta.
Malah, aku tahu apa akan berlaku keesokannya.
Pun begitu, aku sudah hanyut jauh ke dalam asmara rindu yang tiada jalan untuk berpatah balik.
“Aku tahu kau rindukan aku juga, Scha. Aku tahu kau masih cintakan aku.”
Ya, kerana cinta itu aku benarkan tangan dan bibirnya merayap menjelajahi tubuhku. Biar apa pun yang bakal berlaku esok, aku tak mampu menafikan betapa aku mahukan dia malam ini.
Seribu kali aku menolak, sejuta kali tubuhku menjerit kenikmatan. Dan bila kepala Dzal Aidi sudah berada di celah-celah pangkal pahaku, aku mengaum kenikmatan. Tubuhku pun bergerak, seiring dengan tarian Dzal Aidi.
Aku cintakan dia. Sesaat ini, biarlah aku jadi perempuan yang pentingkan diri sendiri.
Untuk sesaat ini, izinkan aku membasuh kerinduan di hati. 

Tuesday 25 July 2017

SINOPSIS - TANGKAP MUAT PUNYA FASAL (TMPF)


NO. 1
TAJUK : TANGKAP MUAT PUNYA FASAL
Terbitan : TUAH IDEA SAKTI SOLUTION
ISBN NO : 978-976-13082-2-6
Cetakan : I (Mei 2015), II (July 2015), III (Ogos 2015), IV (Mei 2016), V (September 2016)
Tebal : 396 muka surat (versi asal),  376 muka surat (versi kemaskini)
Keluaran : PRINT ON DEMAND
Harga Asal : RM28.00
Harga Pasaran : RM40.00

SINOPSIS

Ini kisah cinta Naazneen terhadap Arayn. Kisah cinta pandang pertama yang luar biasa. Biar orang kata dia main tangkap muat sahaja berkahwin dengan lelaki kacak, dan ditinggalkan selepas malam pertama, ikatan cintanya tetap kuat. Teguh dan tidak pernah goyah.

Dua bulan dia menanti Arayn kembali, malangnya Arayn tidak pernah pulang. Sedih…seorang isteri yang sedih itu tidak pernah berputus asa. Atas kepercayaan yang kuat, dia menjejaki Arayn dari Kuching ke Kuala Lumpur. Berbekal sekeping kad nama milik suaminya itu.
Niatnya, Naazneen mahukan jawapan. Apa yang berlaku sehingga Arayn pergi tanpa ucapan.

“Awak…tunggu saya balik.”

Itu kata Arayn. Itulah yang Naazneen genggam kuat-kuat. Melangitkan harapan, memalang segala kesal.

Malangnya, di kota Kuala Lumpur itu Arayn Arfan hidup seperti biasa. Tidak terfikir sesaat pun bahawa nun jauh menyeberangi Lautan China Selatan, ada insan lain yang menanti penuh cinta. Lalu, betapa terkejutnya dia apabila Naazneen mendakwa dia sebagai suami.

Aneh, bukan? Tak mungkin dia sudah berkahwin? Dengan gadis yang tidak pernah ditemuinya itu? Dan cinta pandang pertama pula tu? Oh tidak! Arayn bukan jenis lelaki tangkap muat sahaja berkahwin. Lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan keluarganya. Sungguh mustahil.

Emmm, apa dah jadi ni? Kalau Arayn itu dihantuk kebingungan, Naazneen seribu kali dipagut kekeliruan. Mampukah Naazneen meyakinkan Arayn Arfan tentang kesahihan pernikahan mereka sedangkan dia tiada bukti dan saksi? Bergetarkah hati lelaki seorang Arayn pula jika benar cinta pernah berputik walau hanya sekali pandang sahaja?

Awas! Ini kisah paling meruntun hati. Namun, pasti membuat anda senyum sendiri.