Tidak tahan
menanti perempuan itu bersuara, tangan Wildan naik menyentuh pipi Hanna.
Ditepuk sekali, menyedarkan gadis yang sedang khayal di hadapannya.
Terkulat-kulat Hanna menyentuh semula pipinya. Berbekas rupanya sentuhan Tuan
Wildan itu. Terasa jiwanya berkocak-kocak.
“Saya tanya awak
dari department mana?” soal Wildan
kian garang.
Atau sebenarnya
memarahi kelancangan diri sendiri. Tingkahnya yang tanpa segan silu menyentuh
pipi gadis tadi. Saat dia rasa betapa dinginnya kulit itu, hati Wildan jadi
cair. Seganas-ganas renungannya tadi kini jadi malap pula. Sekecoh-kecoh
emosinya tadi kini jadi senyap. Aneh sekali. Hanya kerana menyentuh pipi gadis
itu.
Sekerlipan itu,
fikiran Wildan pula yang meliar. Membawa dirinya ke dunia khayalan. Mengimpikan
bibirnya pula yang lincah bermain-main di pipi gebu itu. Membayangkan pula
tangannya nakal berlari-lari dari seluruh wajah ke bibir sebelum jatuh ke leher
gadis itu. Turun dan terus turun.
“Tuan…saya…saya
bawa fail untuk tuan. Laporan 3 buah rumah yang dah siap…diubahsuai.” Hanna
cuba menerangkan tujuannya seperti mana yang dia telah berlatih sebelum ke
tingkat atas pejabat Unggul Atur Kreatif Sdn. Bhd. tadi. Sebelum memasuki bilik
pejabat Tuan Wildan yang berkelakuan tidak senonoh itu.
Wildan tersedar
saat suara lembut indah berdesis di pendengaran. Diamati sungguh-sungguh
pekerjanya yang tidak pernah muncul di hadapannya itu. Bagaimana dia boleh
terlepas pandang? Bagaimana dia tidak tahu ada intan dalam pejabatnya? Sungguh!
Dia hampir terlepas mutiara yang berkerlipan menyilaukan nafsunya itu.
Menyedari pipi
si gadis basah, dan seluruh badan itu pastinya berkeringat, Wildan berganjak ke
mejanya. Mengambil remote air conditioner
dan menekan ke had maksimum. Biar gadis itu beku, kesejukan. Biar Wildan juga
beku, kedinginan. Kerana apa yang dirasakan oleh tubuhnya sekarang adalah
kehangatan yang tidak pernah dirasakan selama ini.
“Wild…”
Terlupa seketika
bahawa ada makhluk lain yang berada di antara mereka, Wildan tepuk dahi sebelum
duduk di atas mejanya. Di penjuru meja itu.
“Tuan Wildan.”
Dia membetulkan panggilan gadis yang sudah berpakaian penuh di belakang Hanna.
Seraut wajah
yang baru ternoda itu tadi, kini berubah kelat. Tetapi, dia akur. Mendekati
Hanna dan membelek atas ke bawah.
“Tuan, dia ni
dari marketing department. Pekerja
baru. Kerani jer pun. Tak tahu apa kes dia boleh naik atas ni pula.” Gadis itu
melenkolikkan suaranya. Menjeling Hanna tanpa senyuman. Sinis menyindir pula
tu.
“Saya tak
peduli. Sekarang awak boleh pergi.”
“Tapi tuan, kita
belum…”
“Urusan kita dah
selesai. Titik.” Wildan menguis-nguis tangannya di udara. Mengusir perempuan
itu.
“Tapi…”
“Awak tak perlu
susah-susah lagi. Saya dah ada ikan yang lain.”
Tu diaaa! Tunak
mata Wildan menikam ke muka Hanna. Senyumannya menjadi nakal. Menjadikan Hanna
kecut tidak terkata. Bait-bait kata Suraya bergaung-gaung dalam kepalanya.
Terasa mahu pecah. Pasti Suraya akan mentertawakan dia sebentar lagi. Alahai…
kenapalah Encik Fadhil memilih dia pula menghadap Tuan Wildan dan bukan kak
Suraya seperti kebiasaannya. Dia dan Suraya berkongsi skop kerja. Bahkan dia
diambil bertugas pun demi menggantikan Suraya yang bakal bercuti panjang kerana
bakal melahirkan anak.
Tanpa menghiraukan
perasaan yang berapi di dalam diri betina tadi, Wildan merenung
setajam-tajamnya. Menyebabkan dia menghentak kaki. Merengus kegeraman terhadap
Hanna sebelum keluar dan menghentak pintu.
Kini, barulah
Hanna sedar yang dia berada di medan perang. Di kiri kanannya ada periuk api
yang bakal meletup jika tersalah pijak. Padahal hanya ada seorang lelaki yang
berstatus majikan di depannya itu. Semacam panglima perang yang kejam, riak
wajah Tuan Wildan itu membuat Hanna menggigil pula. Rasa tak selamat tinggal
berdua dengan Tuan Wildan yang merenung sedari tadi. Tidak berkalih ke arah
lain pun.
Wildan bergerak
ke tepi kabinet fail. Mendekati tiang penyangkut baju dan mengambil kemejanya.
Belum pun baju disarung di badan, tunak matanya memaku semula kepada Hanna.
“Awak…” Tangan
menuding ke muka Hanna. “Buka baju.”
Ha? Terbeliak
mata Hanna. Gulppp! Merah mukanya. Terkunci mulutnya. Menggigil tubuhnya.
Wildan tepuk
meja dan ketawa berdekah-dekah. Suka tengok muka Hanna masa tu.
“Apa tunggu
lagi? Cepat!” Wildan kian ligat menyakat.
Hanna tidak suka
berada dalam keadaan itu. Dirinya dipermainkan. Hanya kerana dia tidak dapat
menahan rasa takut yang mengepung dirinya itu. Sehingga terbias jelas di
penglihatan majikannya.
Kala Hanna
membulatkan tekad dan menggembur kudrat, dia bawa diri menghampiri meja dan
fail tebal itu dihempuk di atas meja tersebut. Di sebelah Tuan Wildan.
Menunjukkan kegeramannya.
Terkejut Wildan.
Tertegak badannya, menjauh dari meja. Tak sangka, ada juga staff yang tidak gentar dengan jerkahannya.
Selesai
melepaskan geramnya, Hanna menjeling sekilas sambil melangkah ke pintu.
“Hei, mana pula
awak pergi tu? Saya tak benarkan awak pergi lagi.” Wildan menyergah, kasar.
Langkah Hanna
terhenti. Hati berbelah bahagi. Takkanlah nak berada di situ lagi? Dia suruh
buka baju semacam buka fail jer bunyinya. Selamba giler. Dia ingat Hanna ni bukan manusia ke?
“Cepat sini.”
Wildan sudah membutang semula kemejanya dengan laju. Sebelum duduk di
kerusinya. Entah bila masa dikutipnya, di mana diambil baju tu, Hanna tak
perasan pun. Sejenak, Wildan telah bersedia menghadap Hanna. Fail yang dihempuk
tadi, dikutip dan dibawa ke perhatiannya. Seolah-olah usikan tadi tidak pernah
wujud.
“Ha, apa awak
buat situ? Mari sini.” Jari telunjuk menguis-nguis udara.
Hanna bungkam.
Masih berkira-kira.
“Cepat.
Takkanlah saya nak datang situ pula. Kang nanti saya cempung awak, susahnya
awak juga.”
Alah, suka
betullah mengusik macam tu. Hanna rimas. Perlahan-lahan, dia patah balik.
Mendekati meja Tuan Wildan. Tangan disilang di belakang badan. Memohon
kekuatan.
“Oppps! Nanti
dulu.” Wildan mengangkat tangan. Menahan langkah Hanna yang sedang mara tadi.
Gadis itu pun akur dengan wajah cemberut.
“Cuba awak buat catwalk.”
“Saya bukan
model.” Hanna protes. Tak suka sangat.
“Awak mungkin
bukan model pakaian, tapi awak dah jadi model dalam diri saya. Ayuh, jalan cara
catwalk.”
“Tuan, saya ada
banyak kerja di bawah tu. Saya takde masa nak catwalk segala ni. Saya…” Macam mana kalau-kalau dia tengah-tengah catwalk tu masuk terus ke dalam hati
Tuan Wildan yang liar tu…yaek! Tak naklah!
Bummm! Berdentum
meja itu dihempuk fail. Wildan pula lepaskan geram. Dah nasib kaulah, fail.
Nasib kaulah meja. Lepas seorang, seorang pula lepas geram. Dua-dua pula yang
jadi mangsa.
Hanna telan air
liur dan terus melangkah. Jalannya langsung tak semenggah mana. Tapi, kalau
itulah yang Wildan nak, biarlah dia turuti sedetik ini. Makin cepat dia catwalk di situ, makin cepatlah dia
keluar dari bilik yang panas macam oven ni. Rasa nak rentung pun ada.
Tanpa Hanna
sedar, mata Wildan makin juling tengok punggung Hanna yang melayang ke kiri,
melayang ke kanan tu. Ohhh my my my…
Wildan sesak nafas tak tentu pasal. Menyesal pula pakai baju ni. Panas lagi.
Bulu romanya pun tegak berdiri-diri. Makin Hanna pusing, makin bergoncang
tangkai hatinya. Itu baru jalan, berpusing, melayang-layang dah boleh
bergegar-gegar jantung Wildan. Cuba bayangkan kalau punggung tu, menari-nari
atas paha Wildan sekarang juga. Apa akan jadi?
“Tuan, saya dah
penat ni.”
Huh! Wildan
pejam celik berkali-kali. Terdengar suara Hanna memekik. Penat berlenggang dari
hujung pintu ke hujung dinding, berulang kali tapi lelaki itu masih belum
bersuara. Hanna tayang muka penat.
“Sini…duduk…sini.”
Tak semena-mena pula Wildan gugup. Atau belum reda lagi gelodak naluri
jantannya tadi. Waduh waduh waduh!
Cepat-cepat
Hanna mara dan duduk di depan bos yang gatal tu. Kalau bukan kerana gesaan
Encik Fadhil tadi, Hanna mahu sahaja cabut masa ini juga. Fail di atas meja
ditariknya. Dibuka halaman yang menjadi tumpuan dan diputar semula menghadap
Tuan Wildan.
“Tuan, ini
laporan perbezaan harga belian perabot dan kelengkapan rumah untuk minggu ni
dengan seminggu lalu. Memang ada kenaikan harga yang tidak dimaklumkan kepada
kita. Ini pula antara senarai senarai perabot yang ditempah untuk ketiga-tiga
rumah tu. Tapi, senarai ni tidak sama dengan yang diminta tuan rumah. Dan…”
Hanna angkat muka, bertembung empat mata dengan Wildan.
“Awak tak kahwin
lagi, kan?”
Pulak? Soalan
apa pula tu, Wildan oi? Takkan nak melamar terus pula.
“Tuan, saya kena
terangkan…”
“Saya sudi
mendengar. Berapa awak nak saya bayar?”
Pergh!!! Mau
kena flying kick ni. Hanna bersandar.
Tangan menyilang di dada. Muka Hanna merah. Berapi-api dalam badan. Sempat
mendengus sebelum anak mata Tuan Wildan ditenung tanpa gentar.
“Tuan ada
apa-apa soalan?”
Wildam tayang
kesemua giginya. Suka sangat-sangat diberi peluang keemasan begitu. “Saya ada
banyak soalan. Pertama, awak dah kahwin ke belum?”
Wildan jogetkan kening.
Menambahkan rasa menyampah dalam hati Hanna. Berkapal-kapal banyaknya.
“Maksud saya,
soalan berkenaan laporan tu.” Dia tunjuk ke arah fail dengan bibir yang
memuncung.
Tanpa sedar,
mengundang nafsu Wildan yang kian mengganas. Semacam dijemput-jemput pula.
Terbayang-bayang tingkahnya. Menggomol bibir merah Hanna dengan bibirnya.
“Yang mana?”
soal Wildan, menanti bibir itu bergerak lagi.
Hanna yang
bentul itu sekali lagi memuncung bibir. Menuding kepada fail di depan Wildan.
Berkepul-kepul rasa
yang mendabik dada Wildan. Tubuhnya mengeras hanya membayangkan bibir itu di
bibirnya. Lama, dia tenung bibir itu dengan gambaran yang rancak. Membuat
nafasnya sesak.
“Macam ni lah tuan, saya nak
keluar ni. Dah waktu lunch pun. Kalau
tuan tak faham pasal laporan tu, tunggulah Ain balik kerja esok. Atau Encik
Fadhil boleh terangkan juga.” Pantas, Hanna bangkit, berdiri menolak kerusi
sedikit. Memalang khayalan Wildan yang kena brek mati macam tu saja. Hish!
Hanna ni, potong stim betullah.
“Tapi, saya baru nak mula.
Baik awak duduk dulu.” Wildan seakan memujuk.
“Tak naklah tuan. Saya lapar,
saya nak makan.”
“Okey.” Wildan bangun dan
bergegas kepada Hanna. “Jom, kita boleh bincang sambil makan.”
Belum sempat Hanna membantah,
tangannya dipegang oleh Wildan. Laju, Hanna menepis.
“Apa tuan buat ni? Mana boleh
main pegang jer.” Hanna menyeringai. Tak ada moral punya lelaki!
“Oh, tak boleh ke? Pegang tak
boleh ya? Cium boleh?” Wildan merapatkan diri.
“Tuan dah gila. Memang gila!”
Hanna menempik kasar.
“Saya mungkin gila. Tapi hanya
kerana awak. So, kena hukum kahwin ke
kalau dah pegang? Boleh jer. Jom!" Sekali lagi, Wildan pegang tangan
Hanna. Kali ni lebih erat.
Hanna hilang sabar. Takutnya
pun melurut entah ke mana. Sebelah tangan yang bebas itu, naik menampar muka
Wildan. Dan saat itu, Wildan terpaku sejenak. Apa lagi, Hanna cabut lari dengan
perasaan geram yang tidak terkata lagi.
Amek kau bos. Ingat semua pompuan sama ke. Geramlah pulak....
ReplyDeleteAmek kau bos. Ingat semua pompuan sama ke. Geramlah pulak....
ReplyDeletedah xda stock lg ke buku nie? saya nak beli.
ReplyDeleteSesuka ht jer nk pegang tgn anak dara org...
ReplyDelete