Saturday, 23 July 2016

SOMETHING ABOUT YOU - Prolog




PROLOG

“Aku bencikan perempuan. Benci sangat-sangat.” Suaranya ditekankan. Gigi dikancing rapat-rapat. Rasa seperti nak mengunyah setiap daging kaun Hawa sehingga ke ceruk tulang-belulang mereka.

“Aku tak boleh bernafas kalau ada perempuan. Rasa nak bakar mereka hidup-hidup atau makan mentah-mentah…”

“Hairiel, takkan sampai macam tu sekali kebencian kau?” Sahabatnya itu berasa pelik sangat-sangat.

Hairiel merenung jauh. Kalau boleh tembus tembok konkrit di depannya itu, pasti tembok itu sudah lama runtuh. Ngilu sekali kata-kata yang melaung-laung dari bibir Hairiel.


“Aku nak benci sekelumit ke, suku-suku ke, separuh ke atau seluruh raga aku ni, itu aku punya urusan. Kau jangan nak masuk campur.”

Zais tidak endah teguran Hairiel itu. Sebaliknya terus mencabar keegoaan seorang lelaki. “Tapi, aku tengok elok sahaja kau layan anak buah Aromo.” Zais mengusik, menjalar senyuman nakalnya.

“Itu bukan perempuan. Itu semua betina. So, aku layan mereka macam mana aku layan binatang.”

“Kau ni, Hairiel…jijik aku dengar. Sampai hati kau buat mereka macam tu. Lepas kau tampar, kau usap pula. Lepas kau ludah, kau jilat pula. Lepas kau sakiti, kau rawat semula…”

Terburai tawa Hairiel. “Itu yang mereka suka sebenarnya, Zais. Kau fikir apa yang mereka nak? Di sebalik air mata, mereka nakkan sesuatu sebagai balasan. So, kalau kau bagi, tentulah mereka akan senyum semula. Kau tak boleh salahkan teknik aku sebab itu yang mereka nak.”

Berkerut dahi Zais.

Hairiel sepertinya telah bersedia. “Perempuan ni lemah. Lepas kau sakitkan hati mereka, menangis berendam air mata, sekali kau pujuk, usap sikit-sikit, tabur kata-kata manis, mereka akan mudah terpujuk.”

Hairiel mencebik lagi. Jarinya menunjal-nunjal dada meja. “Kau kena waspada Zais. Air mata mereka itu adalah senjata. Kalau kau tak kuat, kau akan tewas. Kau akan tersungkur dan terpedaya. Akibatnya, kau akan jadi boneka mereka. Menurut sahaja kehendak mereka. Jangan jadi bodoh, Zais.” Dia sepertinya terpanggil untuk meluahkan amaran itu.

Jari-jemari Hairiel terus digenggam oleh Zais. Senyuman terukir penuh berseri. “Nasib baik, aku bukan perempuan. Aku lelaki yang hanya cintakan kau seorang.”

Hairiel tiba-tiba kecut. Tangan ditarik laju.

“Kau tahu kan aku dah kahwin?” soalnya, seperti memberi kata dua.

Tapi, Zais telah mengenali Hairiel terlalu lama. “Tapi kau kahwin dengan perempuan. Dan kau tak sukakan perempuan. So, tak ada maknanya sebuah perkahwinan itu kalau kau tak boleh terima kehadiran mereka di sisi.”

Hairiel terdiam.

Zais yang sangat mengerti menatap Hairiel lama-lama. “Aku tahu sebab tu lah kau tinggalkan isteri kau di Malaysia, kan? Kau lemas bila bersama dia. Kau tak boleh nak mencintai dia tanpa menyakiti dia. Dia takkan boleh hidup dengan lelaki sebuas kau, Hairiel. Lepaskan diri. Biar dia bebas. Kau ada aku di sini…”

“Maaf Zais, aku mungkin bencikan perempuan. Tapi, aku tak kufur sampai menidakkan nafsu sendiri terhadap perempuan. Maaf Zais. Aku tak suka tapi aku perlukan perempuan. Bukan kau, atau sesiapa pun seperti kau. Dan pasal isteri aku, kau jangan risau. Jodoh aku pilihan Tuhan. Pasti yang boleh menandingi lelaki sebuas aku ni.”

Hairiel bangkit, tanpa sekelumit ragu.

No comments:

Post a Comment