Nafasnya lelah. Dia intai-intai jam
di tangan sambil kakinya dihayun laju. Macam mana dia boleh lewat? Padahal dia
telah keluar dari pejabat seawal jam 10 pagi lagi. Dengan kasut tumit tinggi di
kaki, dia sesekali berlari-lari anak, sesekali pula berjalan laju. Menuju ke
pintu utama di bahagian kanan bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur.
Sudahlah dia terpaksa memarkir di
tingkat atas, tunggu lif pula macam sejam tak bergerak. Sekarang, ketika dia
memandang skrin monitor bersaiz televisyen 35 inci yang melekat di dinding,
pengumuman menunjukkan ketibaan setengah jam yang lalu.
“Isskkk! Takkanlah tiba tepat pula.
Harap-harap dia ambil bagasi lebih lama. Bukan tak tahu KLIA ni memang lambat.”
Gadis itu menggumam harapan.
“Harap-harap dia sangkut di
imigresen pula.” Dia tak tahu imigresen Malaysia paling laju servisnya di
dunia.
Aik?
Tak patut. Dia geleng laju. Tak kiralah apa pun. Yang penting, lelaki itu belum
keluar lagi.
“You
will be there? Waiting for me?”
Sufi Alisha tidak memberikan respond kepada soalan itu. Nada suara
itu pula bagaikan mengharap dia akan muncul. Ada sesuatu yang membuat Sufi tak
lena tidur sejak semalam. Pertanyaan
itu bagaikan suatu permintaan wajib yang harus dilunaskan.
Damn!
Sufi Alisha gelisah semacam. Dia
sudah lewat hampir setengah jam. Tetapi, ketika dia berada di pintu utama
ketibaan luar negara, kelibat lelaki itu tidak kelihatan. Entah-entah dia sudah
menaiki teksi dan beredar dari situ.
Begitu Sufi mengandaikan ketika
orang ramai berpusu-pusu keluar dari pintu yang terbuka luas. Namun, batang
hidung orang yang dinanti-nantinya tidak juga kunjung tiba. Seketika, sejalur
rasa terkilan menghempap pengkalan hati. Tidak sudikah dia bersua muka dengan
Sufi? Tiada rasa rindu walau sezarah debu? Atau setidak-tidaknya, berilah muka
kepada Sufi. Bukankah antara mereka pernah ada sejarah yang tidak pernah
dinafikan?
“Assalamualaikum.”
Suara garau di belakang Sufi
berjaya menyentak dirinya. Sepantas kilat, Sufi berpaling. Serentak itu,
tubuhnya berpusing sama. Anak mata terus menangkap seraut wajah yang tidak
asing baginya. Walau jarak dan masa melangkau jauh, wajah itu tetap sama pada
ingatannya.
“Lama tunggu? Sorry, tunggu bagasi lama sangat di dalam,” sambungnya ketika Sufi
masih leka membelek wajah lelaki berdagu belah dengan parut kecil di sebelah
kening kirinya.
Lelaki itu larikkan senyuman tipis.
Mata tak berkerdip mengamati Sufi. Dalam tak sedar, kelopak matanya turun naik.
Membelek tubuh seseorang yang jauh sekali berbeza berbanding dengan yang masih
melekat di dalam kepalanya itu.
Betullah, dia lelaki yang sama.
Lelaki yang lapan tahun lalu begitu dekat dalam hidupnya.
"Shall we go now?" sambung lelaki itu. Dia yang menarik satu
bagasi sederhana kecil sudah melangkah setapak dua ketika Sufi tersedar
sesuatu.
Terkocoh-kocoh Sufi cuba menyaingi
lelaki yang memang dari dahulu sentiasa laju ke hadapan. Berjalan bersama
lelaki itu sangat memenatkan Sufi. Malangnya ketika itu fikiran Sufi terarah
kepada bagasi yang ditarik lelaki yang lima inci lebih tinggi berbanding Sufi.
Hanya dengan kasut bertumit tinggi itu barulah Sufi berdiri hampir sama tinggi
dengan lelaki itu.
Ketika Sufi masih terkedek-kedek
menyaingi lelaki itu, dia mengerling, mengintai Sufi bersama senyuman kecil di
hujung bibir.
“You still belum jawab salam yang I berikan,” selanya.
Sufi terkedu.
“Hail...Waalaikumsalam.” akhirnya, suara Sufi melolos keluar ketika dia sudah
seiring dengan lelaki yang dipanggil Hail itu.
Langkah kaki mereka terhenti pada
susur elektrik pejalan kaki di tengah-tengah laluan. Eskelator bergerak
dibiarkan membawa langkah mereka menuju ke parking
lot kereta. Lagak sepertinya lelaki yang sudah biasa, Hail Rayyan
seolah-olah tahu ke mana hala tuju.
Hail Rayyan berpaling dan untuk
kali kedua dia mengamati Sufi Alisha sungguh-sungguh.
“Kenapa? Something wrong?” Sufi tercengang kehairanan. Walhal sebenarnya dia
berasa malu ditatap lama-lama oleh lelaki itu.
Bukanlah dia tak biasa berlawan
pandang dengan lelaki. Atau berbual sambil merenung jauh ke dalam mata lawan.
Tetapi lelaki yang di depannya itu bukan sembarangan orang. Dialah Hail Rayyan,
lelaki yang lapan tahun membawa diri.
Sufi mengesat peluh yang terasa
merimaskan dirinya. Rambut diselak ke belakang bahu.
“How’s your journey?” soalnya, cuba berbahasa-basi. Atau
menghilangkan rasa kekok setelah sekian lama.
“It’s okey. By the way, you look different.” Hail Rayyan melirik
semacam.
Debar di dada Sufi mula
dipalu-palu. Dia tersipu-sipu.
“I tak maksudkan yang tak baik tau. Maksud I…you nampak lain
daripada dulu.” Hail Rayyan rasa bersalah. Bimbang kelancangan mulutnya
menyinggung perasaan Sufi.
“Tentulah lain. Kan dah 8 tahun. I dah kerja tau.” Sajalah Sufi cuba
meleraikan kekekokan yang terjadi. Sedangkan jauh di lubuk hati, taman itu
dihiasi bunga-bunga yang sedang kembang mekar.
“Ya, I tahu you kerja. You panggil I datang pun sebab kerja, kan?” Hail Rayyan menggesa jawapan.
Nadanya penuh pengharapan.
Sufi Alisha yang tak faham
mengangguk laju. Tidakkah terbias di matanya seraut wajah Hail Rayyan yang dibilas
hampa itu?
“Yes Hail. I need you. Would you
help me, pleaseee,” rayu Sufi pula, tanpa sekelumit ego yang bersisa.
Hail Rayyan senyum. “I dah datang, dear. I’ll help you. Anything
you want. Everything you want. I akan buat apa sahaja untuk you.”
Kenapakah bicara itu bagaikan
membasuh segala rasa marah yang terpendam sejak lapan tahun lalu?
No comments:
Post a Comment