COMING SOON - BULAN OGOS 2016
PREORDER SEDANG DIBUKA
RM40 SM/RM45 SS
Bab 1
Wanita separuh abad tekun mengamati lima orang
lelaki yang sama kulit dengannya. Badannya sedikit gempal sehingga memenuhi
separuh daripada sofa panjang di tengah-tengah rumah itu.
“Bring
them in!” pekiknya kepada seorang lelaki berkulit hitam dengan kepala botak
yang berdiri di anak tangga hujung. Lelaki itu segera berpusing, menepuk tangan
sebelum bunyi tapak kaki bertalu-talu mendekati mereka.
Dia sekadar memerhati senyuman di hujung
bibir lelaki di sebelahnya. Beberapa orang perempuan yang hanya memakai lingerie
dari kain satin nipis beratur di anak tangga. Masing-masing menggayakan lenggok
badan yang mengiurkan.
Dia kembali menatap lelaki di sebelahnya
yang berbisik, rapat ke telinganya.
“It’s
a gift for you. You can choose whichever you want.”
Dia tersentak. Bulu roma meremang di
tengkuknya. Dia imbas sejenak empat orang perempuan yang kini turun dari tangga
dan masing-masing mengatur langkah drastik kepadanya.
Lima lelaki berlainan warna kulit dengannya,
diburai tawa apabila Hairiel menepis tangan yang melingkari badannya. Seram
pula apabila gadis-gadis yang terlebih ‘sopan’ itu mula meraba baju dan seluar
jeansnya.
“Bos,
thank you…but…” Hairiel sedikit cemas. Dia tidak menyangka majikannya yang
berkulit hitam itu mempunyai agenda tambahan untuknya.
“Come on, Hairiel. It’s my treatment for
your big success on our previous mission. The CDs that you brought, they all got
big hits!” Bahu Hairiel ditepuk kuat oleh majikannya. Sebotol Tiger Beer
berkaca hijau gelap diangkat sebelum disua kepada Hairiel. Hairiel kembali
menggeleng.
“He is a bit shy,” terdengar komen di hujung
sofa. Disambut ketawa mengejek lelaki-lelaki yang lain.
“I bet he is shy because of you guys. But he
will be a tiger in bed…with me.” Seorang gadis melabuhkan punggung di atas paha
Hairiel. Merah muka Hairiel, kejang seluruh badannya apabila tangan-tangan lain
mula menanggalkan blazer yang membaluti tubuhnya.
“Tonight
is your lucky night, Hairiel. Don’t worry, you can either have them for one
night or for the rest of your life,
if you want to. The choice is yours.” Kalau diikutkan, majikannya itu
sedang bermurah hati.
Hairiel tidak tahu bagaimana hendak menolak.
Pun begitu, Hairiel tak berselera menjamah tubuh gadis-gadis berkulit hitam
yang melingkar-lingkar di badannya itu. Nafsunya mati serta-merta. Bukanlah
mereka tidak cantik. Tapi seleranya mungkin lebih kepada nusantara.
“Come
on, Hairiel. Choose anyone. If you don’t want her, hand her over to me. I’ll be
delighted.” Tokok lelaki di hujung sofa tadi.
Hairiel mengerutkan wajah apabila ketawa
berlarutan di ruang tamu itu. Bahkan keempat-empat gadis tadi, seakan
mengejek-ngejek dirinya jua. Tercabar, kemarahan terjentik. Tubuh gadis yang
berada di pangkuannya ditolak kasar. Hampir sahaja gadis itu tersungkur ke
lantai.
“Sorry,
but I’m not in the mood.” Hairiel serius. Majikannya di sebelah terkesima.
“Don’t
touch me!” jerkahnya kepada gadis-gadis yang masih melilit di badannya.
Suasana jadi hening seketika. Lelaki
berkepala botak segera memberi isyarat kepada gadis-gadis itu menjauhkan diri
dari Hairiel. Nasib baiklah, Hairiel memang terkenal dengan sikap kasarnya.
Lantaran itu, apabila dia tinggikan suara, bukan sahaja perempuan ketakutan.
Bahkan lelaki-lelaki berdarah Afrika itu semuanya akan kebisuan.
“Maybe,
his taste has changed since he came back from his country last month.” Sela
majikannya yang tak lepas dengan beer
di tangan.
Wanita berbadan gempal tersenyum sinis. “Are you saying that the whole month, you slept
alone? What a shame. Pity you.”
“Why
don’t you bring a new girl? A fresh one. Like someone from Asia?” saran
salah seorang daripada mereka.
Hairiel sedar saat itu dia terperangkap.
Mereka takkan balik dari rumah pelacuran itu tanpa teman untuk dibawa pulang.
Lelaki berkepala botak yang mengawasi
anak-anak gadisnya, berbisik sesuatu kepada wanita gempal tadi. Mereka
kelihatan tegang seketika. Seketika, wanita itu termenung lama. Berfikir-fikir
sesuatu sebelum menghela nafas berat.
“Well,
I have this little girl from Malaysia. She’s a mess. You can have her if you
want,” keluhnya, semacam tidak senang.
Malaysia? Hairiel tersentak. Benarkah apa
yang dia dengar ni? Gadis Malaysia di sini? Wajahnya berubah riak. Fikiran
bercangkaliwang.
Kesemua jatuhkan tatap kepadanya sebelum
disusuli dengan tepuk sorak.
“See,
he excited about this girl. Come on, bring that girl. Let him see her first.”
Majikan Hairiel bersuara.
Lelaki berkepala botak segera beredar ke
tingkat atas semula. Sementara gadis-gadis yang tinggal, mula melayan lelaki-lelaki
yang berada di situ. Mengabaikan selera Hairiel yang sedang bergelut kencang.
Dada dipalu debar. Peluh terasa membasahi badan. Blazer yang terbuka butang,
ditanggalkan.
No comments:
Post a Comment