Hai uols,
Berminat nak beli buku2 sheisbell tapi tidak tahu macam mana caranya?
Well, uols boleh contact sheisbell direct melalui
1) Email novellabellresources@gmail.com atau email peribadi sheisbellbutsheisbell@gmail.com
2) Facebook sheisbell melalui inbox facebook She Isbell
3) Melalui admin Novella Bell Resources atau ejen2 yang ada menjual buku2 sheisbell
Berikut adalah stok yang available setakat Ogos 2016
1) Tangkap Muat Punya Fasal
2) Satu Malam Sahaja
3) Bukan Kerana Benci
4) Awas! Dia Milik Aku
5) Gahara Cindai Gemawan
Harga bergantung kepada stok. Terima kasih
Sunday, 24 July 2016
Saturday, 23 July 2016
SOMETHING ABOUT YOU - Bab 1
COMING SOON - BULAN OGOS 2016
PREORDER SEDANG DIBUKA
RM40 SM/RM45 SS
Bab 1
Wanita separuh abad tekun mengamati lima orang
lelaki yang sama kulit dengannya. Badannya sedikit gempal sehingga memenuhi
separuh daripada sofa panjang di tengah-tengah rumah itu.
“Bring
them in!” pekiknya kepada seorang lelaki berkulit hitam dengan kepala botak
yang berdiri di anak tangga hujung. Lelaki itu segera berpusing, menepuk tangan
sebelum bunyi tapak kaki bertalu-talu mendekati mereka.
Dia sekadar memerhati senyuman di hujung
bibir lelaki di sebelahnya. Beberapa orang perempuan yang hanya memakai lingerie
dari kain satin nipis beratur di anak tangga. Masing-masing menggayakan lenggok
badan yang mengiurkan.
Dia kembali menatap lelaki di sebelahnya
yang berbisik, rapat ke telinganya.
“It’s
a gift for you. You can choose whichever you want.”
SOMETHING ABOUT YOU - Prolog
PROLOG
“Aku bencikan perempuan. Benci sangat-sangat.”
Suaranya ditekankan. Gigi dikancing rapat-rapat. Rasa seperti nak mengunyah
setiap daging kaun Hawa sehingga ke ceruk tulang-belulang mereka.
“Aku tak boleh bernafas kalau ada perempuan.
Rasa nak bakar mereka hidup-hidup atau makan mentah-mentah…”
“Hairiel, takkan sampai macam tu sekali
kebencian kau?” Sahabatnya itu berasa pelik sangat-sangat.
Hairiel merenung jauh. Kalau boleh tembus
tembok konkrit di depannya itu, pasti tembok itu sudah lama runtuh. Ngilu
sekali kata-kata yang melaung-laung dari bibir Hairiel.
PLEASEEE...Bab 2
Lima minit berlalu, Sufi masih
berbelah bahagi. Hendak dikejutkan, dia tak sampai hati. Dengkuran kecil Hail
Rayyan di tempat duduknya, menambahkan rasa simpati. Dia tahu lelaki itu
kepenatan akibat perjalanan yang jauh dari Somalia dan transit pula di Dubai
sebelum sampai di Malaysia.
Berada lama di dalam kereta yang
telah dimatikan enjin, Sufi tahu dia akan kepanasan. Pasti juga Hail Rayyan
takkan selesa dengan keadaan itu. Lalu, lelaki yang sedang tidur itu diintai
dengan ekor matanya. Nampak tak selesa lagaknya. Mungkin kerana adanya tali
keledar yang menjerut badan. Sufi terpanggil untuk menanggalkan tali keledar.
Perlahan-lahan, Sufi tanggalkan
hujung tali keledar dan genggam erat agar tidak terpelanting kepada Hail
Rayyan. Tangannya menurut gerakan tali keledar sehingga tanpa sedar, separuh
badannya terdorong sama.
PLEASEEE...Bab 1
Nafasnya lelah. Dia intai-intai jam
di tangan sambil kakinya dihayun laju. Macam mana dia boleh lewat? Padahal dia
telah keluar dari pejabat seawal jam 10 pagi lagi. Dengan kasut tumit tinggi di
kaki, dia sesekali berlari-lari anak, sesekali pula berjalan laju. Menuju ke
pintu utama di bahagian kanan bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur.
Sudahlah dia terpaksa memarkir di
tingkat atas, tunggu lif pula macam sejam tak bergerak. Sekarang, ketika dia
memandang skrin monitor bersaiz televisyen 35 inci yang melekat di dinding,
pengumuman menunjukkan ketibaan setengah jam yang lalu.
“Isskkk! Takkanlah tiba tepat pula.
Harap-harap dia ambil bagasi lebih lama. Bukan tak tahu KLIA ni memang lambat.”
Gadis itu menggumam harapan.
“Harap-harap dia sangkut di
imigresen pula.” Dia tak tahu imigresen Malaysia paling laju servisnya di
dunia.
Aik?
Tak patut. Dia geleng laju. Tak kiralah apa pun. Yang penting, lelaki itu belum
keluar lagi.
“You
will be there? Waiting for me?”
PLEASEEE...Prolog 3
Hampir setahun Hail Rayyan membantu
di kedai jahit. Semua kerja jadi mudah. Hail Rayyan bukan sahaja menjadi tulang
belakang untuk kerja-kerja lelaki walau dalam usia belasan tahun. Bahkan, Hail
Rayyan memiliki keunikan yang lain. Matanya terlalu cepat meneliti. Dia sangat
terperinci dan dengan mudah juga boleh menerima tunjuk ajar yang diberikan
Amiera.
Liza Wati juga sangat menyenangi
kehadiran Hail Rayyan. Bukan sahaja dia ada teman lain untuk dibuli, tapi kawan
untuk bergurau senda. Maklumlah, kerja sebagai tukang jahit ni memerlukan
ketelitian yang tinggi. Jadi, fikiran mudah stres dan jiwa terabai.
Amiera mula memasang angan. “Kalau
kita dapat tempahan dari butik Sutra De’ Wangi tu, aunty nak tambah pekerja. Nak besarkan kedai ni. Nak…”
“Nak naikkan gaji saya, kan aunty.” Hail Rayyan sengih lagi.
PLEASEEE...Prolog 2
Dia sengaja datang awal.
Berpapan-papan pula kain yang perlu dipunggah turun dari but keretanya. Dia
kepenatan. Sedang dia asyik memutar kunci untuk dua biji mangga dan dinding
besi yang menjadi pintu kedai jahit miliknya, seorang kanak-kakak menjengah ke
dalam but kereta.
Wanita 30-an itu sempat mengintai
dan berpaling segera. Khuatir rupanya. Diperhati kanak-kanak itu dengan ekor
matanya sambil tangan masih menekuni kunci.
“Banyak aunty beli kain hari ni,” tegur kanak-kanak itu dengan senyuman
manis.
Dia segera mengukir senyuman balas.
Bimbang jika dia berlagak sombong, kanak-kanak itu boleh bertindak liar.
Memandang kepada penampilan dia yang hanya berseluar lusuh dan koyak di
bahagian bawah. Berselipar jepun dengan tapak yang nipis di bahagian belakang
kakinya. Baju pula walaupun tidak berbau, tetapi nampak tidak berbasuh sekian
lama.
PLEASEEE...Prolog 1
“Ayahhh…” Sufi berpaut dengan
seluruh tenaga yang ada.
Kaki Bahrun terkunci. Dia bertambah
geram. Kemarahan membuak-buak. Di sebelah kanan Sufi Alisha dan di sebelah kiri
pula Adila Ariekin. Dua-dua anak kesayangannya. Dua-dua jantung hatinya. Kalau
seorang itu intan, seorang lagi adalah permata. Tetapi, kenapa…?
Arghhh! Kenapa Adila terlalu degil?
Kenapa pula Sufi tak boleh nak faham?
“Ayah bukan nak kau mati. Ayah nak
kau kahwin saja. Ayah tak mahu dituduh manusia tamak! Lelaki perampas. Dewi
Amiera itu bukan milik ayah. Kenapa kamu tak faham-faham?” jerkah dan pekikan
bersilih ganti.
Rambut yang separuh beruban diramas
sekasar-kasarnya. Menumpahkan segala kekusutan dan kemarahan yang terpendam.
Subscribe to:
Posts (Atom)