Sunday 13 September 2015

TANGKAP MUAT PUNYA FASAL (Bab 6)



Puas Arayn membantah, puas juga Naazneen menggeleng tetapi Helmie sudah buat panggilan intercom direct kepada Jasmin yang pejabatnya terletak di tingkat 5 bangunan yang sama. Sementelah Naazneen tidak tertahankan. Sakit di perut luar biasa peritnya. Belum pernah dia alami sebelum ini. Bukanlah kuat sangat Arayn tendang dia tadi. Naazneen pernah kena tendang lebih kuat daripada itu. Namun, tidaklah sesakit yang dirasai kala itu.
Dia mahu menjerit. Mahu meraung. Tapi kerana Arayn, dia harus kuat. Di depan Liyana, dia harus tabah. Di depan Helmie, dia harus sabar. Lantas, walaupun duduk di sofa kecil, tubuhnya mencengkung juga. Menyembunyikan muka yang berkerut seribu.
Arayn resah tak sudah. Belum selesai dengan Liyana, perang ke dua dengan Jasmin pula. Bukanlah Jasmin tu kejam sangat. Jasmin sangat berbeza berbanding Liyana. Kerana perbezaan itulah, sukar bagi Arayn menduga persepsi kakak yang setahun beza umur dengannya.

Dalam masa yang sama, bimbang pula melihat Naazneen yang membisu, menggenggam sakitnya. Jauh di lubuk hati dia kagum dengan gadis itu. Tidak pernah dia bertemu dengan gadis yang cekal. Yang tak mahu kalah. Yang tidak mahu rebah.
“Siapa yang sakit?” Jasmin muncul di muka pintu yang sudah dibuka oleh Helmi dengan pakaian formalnya.
“Arayn, kau sakit?” risau terpampar di wajahnya.
Arayn menuding kepada Naazneen yang berpegang tangan dengan Liyana. Berkerut muka Jasmin.
“Siapa pula perempuan ni? Awek baru pula. Bilalah kau nak bawa calon isteri?” Sempat Jasmin merungut seraya menghampiri Naazneen. Hanya kala itu barulah dia menyedari Liyana dan Helmie turut berada di situ. Jasmin terpaku.
“Ehhh, apa kamu berdua buat di sini?
Arayn raup-raup muka yang sedikit berjambang. Memang dia tidak suka wajah yang bersih. Sengaja dia biarkan bulu-bulu pendek tumbuh di muka. Makin dia gosok, makin banyak peluh pula yang keluar. Iskkk! Tahulah bukan kerana dia lewat seminggu bercukur, tapi mesti kerana bom yang bakal meletus di tengah-tengah ruang pejabatnya itu.
“Tak payahlah tanya dulu. Buat kerja kau. Ni ha, Naazneen tengah sakit perut. Kau kan pakar, tengokkanlah.”
Liyana tarik tangan Jasmin sehingga berada di depan Naazneen. Naazneen cuba untuk tidak memandang Jasmin. Cuba untuk tidak berasa gentar. Cuba juga untuk berlagak tenang. Tetapi tubuhnya seram sejuk.
Jasmin keluarkan stetoskop dari saku uniform putihnya. Peti putih kecil yang selalu dibawa merata-rata, dibuka lebar-lebar. Semua keperluan ada di situ. Hanya setelah bersedia, barulah dia sempat menilik wajah Naazneen. Dia terkesima sejenak.
“Wow, cantik pula gadis ni. Siapa nama?”
“Naazneen.” Naazneen tidak buka mulut pun. Liyana, Helmie dan Arayn yang serentak bersuara.
“Ha, secantik orangnya. Padan dengan nama,” puji Jasmin sambil memeriksa nadi Naazneen.
Naazneen tengah berperang dalam dada. Macam mana nak tenangkan debarannya? Macam mana kalau-kalau Jasmin tersalah sukat degupan jantungnya? Pasti nadinya pun kencang, sekencang-kencangnya.
“Okey, selak baju.”
Arahan Jasmin membuat Naazneen sentak. Dalam gelabah itu kelopak matanya naik bertembung dengan Arayn. Pantas, Arayn berpusing. Membelakanginya. Helmie yang ralit dengan telefon bimbitnya, juga dipaksa berpusing oleh Arayn.
Takkanlah dia biarkan orang lain tengok Naazneen, kan? Walaupun Naazneen tak berpakaian seksi seperti Tizz, tapi dia tahu kulit Naazneen sangat mulus. Seperti mana kakinya yang terdedah dan tampak menggoda itu. Oppsss! Ke situ pula matanya merayap, ya?
Hanya apabila stetoskop menyentuh perut Naazneen barulah dia angkat muka memandang Jasmin. Tak sangka, Jasmin dan Liyana seiras. Tak ada pula Arayn cakap yang kakaknya dua orang ni adalah kembar. Nasib baiklah Jasmin bertudung. Manis orangnya. Saiz badan Jasmin dan Liyana pun sama. Macam mana agaknya Helmie nak membezakan antara isteri dan kakak atau adik iparnya itu, kalaulah Liyana pun bertudung?
Perut Naazneen ditekan-tekan dan Naazneen mengerang serta-merta. Tertoleh terus Arayn. Kalut, Naazneen tarik blaus yang terbuka di bahagian perut.
“Hish! Jangan kacau orang buat kerja,” marah Jasmin, menyelak kembali blaus Naazneen. Tebal muka Arayn. Malu apabila Helmie menyiku.
“Dah berapa hari sakit perut ni?” Doktor dah mula bertugas ya.
“Sejak pagi tadi.”
“Makan apa tadi?”
Naazneen geleng.
“Tak makan lagi?” Dahi Jasmin berkerut. Arayn gigit bibir pula. Takkanlah dia tak makan dari pagi?
Naazneen angguk, lemah.
“Hmmm, bila kali terakhir makan?”
“Ehhh, petang kelmarin.”
Jasmin terpaku. Mendengus terus. Liyana dan Helmie mengeluh. Arayn rasa tak sedap hati.
Takpe, saya bagi suntikan tahan sakit dulu. Lepas tu, saya nak sambung check. Rasa ada yang tak kena ni.”
Suntik? Naazneen menggelabah. Oh no, dia memang takut jarum. Mesti meraung. Macam mana dia nak kuat depan mereka semua ni?
Baju dibetulkan. Naazneen kembali duduk elok-elok. Jasmin mengambil jarum dan cecair di dalam peti kecilnya. Melihat jarum yang tajam itu, seluruh tubuh Naazneen menjadi kecut. Dia kemam-kemam bibir. Apa yang harus dia buat? Takkan nak nangis di sini.
Naazneen pandang Arayn yang masih membelakang. Memohon simpati. Tetapi Arayn tidak perasan pun.
“Awak nak cucuk kat lengan atau paha?” soal Jasmin, sambil membawa jarum dekat dengan muka Naazneen.
Naazneen sua lengan. Blaus putih berlengan panjang itu diselak habis sehingga melepasi siku. Malangnya, kerana potongan yang ketat, ia tersekat, tidak boleh sampai ke lengan di bawah bahu.
“Apa kata saya cucuk di paha. Senang sikit,” ujar Jasmin. Naazneen tambah gelabah. Memanglah dia pakai skirt sampai takat lutut sahaja. Tapi dia tak suka nak tayang paha. Itupun kepada kakak iparnya yang dua orang sedang tekun menjamah tubuhnya dengan mata.
“Angkat skirt awak,” arah Jasmin sedikit tidak sabar. Geram pula apabila pesakit begini pun masih nak maintain malu-malu. Seribu satu macam andaian yang berlegar di benaknya. Namun, dia lebih professional. Pesakit lebih diutamakan berbanding personalnya. Apa lagi yang melibatkan peribadi pesakit juga.
Naazneen geleng, keras. Tidak mahu angkat skirtnya. Dia pandang Liyana sebelum anak matanya meliar kepada dua lelaki yang membelakangi mereka di dalam bilik itu. Liyana senyum, memahami.
“Arayn dan Mie, tolong keluar sekejap,” pinta Liyana lalu terus menolak tubuh suaminya ke muka pintu.
Arayn merenung Naazneen sekilas sebelum melangkah juga. Mulanya Naazneen biarkan sahaja tetapi apabila matanya terarah kepada jarum tajam itu, serta-merta kekuatannya hilang. Terbang dibawa langkah kaki Arayn.
“Awak…” panggilnya kuat dan lantang.
Arayn berpaling tika bulu tengkuknya meremang. Ahhh, dia suka bila Naazneen panggilnya ‘awak’ dengan nada manja gitu. Naazneen gigit-gigit bibir. Berbelah bahagi. Apalah yang dia nak. Nak suruh Arayn tunggu atau nak dia blah jer? Arayn menanti. Hati bagai dipalu-palu.
“Pergilah temankan dia. Dia takut jarum tu,” bisik Liyana di telinga adiknya. Seorang kakak yang sangat prihatin.
Lantas, Arayn bawa kaki. Duduk di sofa sebelah Naazneen. Tanpa sedar, tangan mereka bersentuhan. Terus sahaja, Naazneen menggenggam jari-jemari Arayn. Buntang mata Jasmin. Merah mukanya sama.
Don’t tell me that she is special?”
“Oh ya, she’s special. Believe me,” sampuk Liyana di belakang.
Arayn dan Naazneen sama-sama tunduk. Tapi tangan tu…alahai, berpaut juga.
Jasmin jadi tak senang. Jarum diletakkan semula. Hilang professionalismnya tadi. “Tell me now!” Dia bengang. Ternyata dia ketinggalan.
Bukan sekali ini. Dia selalu ketinggalan dalam semua perkara. Selalu diabaikan daripada berita-berita sensasi terutamanya. Bukanlah dia nak sangat ambil tahu. Tapi, semua berkaitan Arayn itu membimbangkan dia. Lebih-lebih lagi setelah apa yang terjadi dua bulan lepas. Dia sendiri sukar mencari penawar buat adiknya itu.
Better kalau Arayn sendiri yang cakap.” Liyana suka hati. Sengaja menambah tekanan kepada Arayn. Arayn intai Naazneen. Naazneen intai pula Arayn.
“Ohhh, my my my…” Jasmin tutup mulut. Tingkah dua merpati itu tidak asing baginya. Dia boleh bayangkan. Tidak mungkin.
Don’t you dare tell me that you done this to her?” Jasmin marah. Sangat-sangat marah. Dia berdiri. Mencekak pinggang. Matanya bukan lagi setakat membelalak. Tapi dia dah menahan-nahan nafas yang berdesup-desup mahu memuntahkan kemarahan.
Arayn tersentap. Hairan melihat Jasmin tegang.
I don’t nothing.”
“Yelah nothing. But you dah buat dia macam ni. That’s more than nothing,” sampuk Liyana.
Jasmin urut-urut dada. Semacam kena serangan sakit jantung. Lepas satu perkara sekarang perkara lain pula.
“Jas, jangan risau sangat. Mereka dah kahwin.” Liyana tabur buka cempaka di pusara.
Ha? Arayn dah kahwin? Adiknya yang playboy tu dah kahwin? Tak hairan kalau perempuan ni perangkap dia.
“Saya rasa…”
Naazneen baru buka mulut apabila Jasmin melenting di depan mukanya.
“Awak sengaja perangkap adik saya?”
Naazneen tergamam. Dia faham Jasmin bengang. Jasmin tak tahu hujung pangkal. Jasmin hanya melindungi Arayn. Tetapi, Naazneen tetap tersentuh hati. Terasa dengan tuduhan Jasmin.
Liyana segera mendepani Jasmin. Mahu menjelaskan kekeliruan di benak akal Jasmin memandangkan Arayn sendiri masih dalam dilema.
“Jas, bukan macam tu.”
“Bukan apa lagi? Mestilah sebab dia perangkap Arayn selama ini. Selepas dah mengandung, dia bolehlah paksa Arayn kahwin. Sebab tu Arayan tak cakap dengan kita, tak cakap dengan Mama.”
What?” semua terjerit.
Yes, she’s pregnant!”
Serta-merta, Arayn tarik tangan. Naazneen turut tersentak. Arayn tidak menduga ini terjadi. Dia masih kaku apabila Liyana tertawa berdekah-dekah.
“Wow Arayn! Kau bukan takat menang loteri, jackpot pula tu. Bravo bravo.” Liyana tepuk-tepuk tangan.
“Tak. Saya tak mengandung.” Tak mungkin dia mengandung, kan? Dia belum sedia. Bukan tidak suka. Tapi, dalam keadaan dia yang tidak tahu arah, dia tidak mahu menambah tekanan kepada emosinya sendiri.
“Ya, awak mengandung. Arayn, tahniah seribu kali kerana membelakangkan keluarga sendiri.”
Jasmin merenung Arayn yang tidak terkutik. Tajam memanah ke dalam matanya. Seraut wajah Naazneen yang keliru juga dikerling sekilas.
Arayn benar-benar buntu akal, mati emosinya. Takkanlah Naazneen mengandung pula. Baru sahaja dia cuba menimbang bukti dan dakwaan Naazneen. Menghadam dan mengakui kebenaran di balik kemunculan Naazneen. Dalam dia berusaha memujuk hati agar mengakui Naazneen sebagai isteri, dia dihempap dengan berita gempar ini.
“Tak mungkin dia mengandung. Jas, kau mungkin silap.” Arayn cuba berfikir tenang, bertindak rasional.
“Apa pula silapnya.” Jasmin enggan menerima kata-kata Arayn. Serta-merta dia berpaling kepada Naazneen. “Bila kali terakhir awak period?” soalnya, yakin.
Naazneen mencongak. Mata Arayn melekat ke muka Naazneen. Mengharap magik kali.
“Ahhh…ah…tak ingat…” Naazneen memang tidak ingat. Dia sibuk memikirkan Arayn. Tidak sangka perkara biasa itu perlu dimasukkan ke kotak ingatan. Dipandang muka Arayn yang hampa sangat-sangat.
Now tell me bila pula kamu berdua ni berkahwin?”
“Mereka kahwin masa Arayn di Kuching.” Liyana yang menjawab tenang. Seolah-olah tahu serba-serbi.
“Dua bulan lepas?”
Liyana angguk.
“Masa Arayn hilang ingatan?”
Liyana angguk juga.
“Ohhh,” Jasmin terkedu.
You see, ada banyak yang kita kena soal adik ipar kita sebab Arayn tak ingat apa-apa pun.” Kata-kata Liyana itu dipandang logik oleh Jasmin. Dia kembali menenangkan diri dan membiarkan Arayn berperang dengan emosi.
Jasmin kembali memegang jarum suntikan. Naazneen sendiri terlupa tentang sakit di perutnya. Mungkin kerana kehadiran bayi itu sudah dikesan, makanya benih yang di dalam rahim itu seakan mengerti. Rajuknya hilang tiba-tiba. Perut Naazneen tidak sesakit tadi.
“Dah tak sakit. Tak payah jarum, boleh?” Naazneen kerlip-kerlip mata. Mohon simpati.
Jasmin berfikir sejenak. “Yalah. Tak elok nak jarum-jarum ni apabila ada baby dalam perut. Tapi awak kena makan ubat. Saya bagi ubat sikit. Rayn, suruh orang ambilkan air.”
Dalam terpaku itu, Arayn intercom setiausahanya untuk membawa masuk segelas air.
“Berapa lama awak kenal Rayn sebelum kahwin?” soal Jasmin sambil memilih ubat untuk Naazneen.
“Tiga hari.”
Arayn tersentak. Liyana dan Jasmin berpandangan.
“Tiga hari kenal korang terus kahwin?”
Lambat-lambat, Naazneen tunduk. Malu. “Arayn yang nak.” Kan dah cakap Arayn tak suka buang masa.
Anak mata Jasmin meliar membelek tubuh Naazneen. “Kami faham kenapa Arayn gelojoh sangat.”
Arayn tutup muka dengan telapak tangan. Merah!
“Macam mana korang kenal?” Liyana pula menyoal. Tidak mahu ketinggalan.
Naazneen herotkan mulut. Segan pula nak cakap. Tetapi, tidak sanggup menghampakan kedua-dua kakak iparnya, dia buka mulut juga.
“Arayn koyakkan baju saya.”
Ha? Kali ni Arayn buka mata besar-besar. Terkekek-kekek Liyana dan Jasmin.
“Kenapa dia koyakkan baju awak?”
“Sebab…sebab…” Alahai, manalah dia boleh cakap. Takkanlah nak cakap. Mana nak sorok muka nanti?
“Sebab apa?” Jasmin tak sabar. Iskk! Bukan dia dan Liyana saja yang tak sabar, tapi Arayn pun tak sabar. Entahlah. Tak tahu kenapa pula dia berminat nak tahu?
“Sebab Arayn nak makan…”  Naazneen gigit bibir. Terhenti sejenak. Pecah ketawa Liyana dan Jasmin.
Gulppp! Arayn nak sorok bawah meja. Dalam tak ingat apa pun, dia boleh malu. Malu berlipat-lipat pula tu.
Melihat riak wajah Arayn yang malu dan tingkah Jasmin dan Liyana yang aneh, zuppp, laju jer dia dapat tangkap makna di sebalik gelagat itu.
“Bukan.” Naazneen gelabah. Pipinya turut membahang. “Bukan begitu. Arayn tak sengaja sebab saya tak bawa makanan yang dia minta. Jadi, masa dia tarik tangan saya, dia tak sengaja koyakkan lengan baju saya.” Naazneen menjelaskan.
“Ohhhh!” Panjang ‘oh’ Liyana dan Jasmin serentak. Arayn berasa lega. Kalau macam tu, memang logiklah. Naazneen tersipu-sipu tunduk apabila ekor mata Arayn meliar padanya. Haaa, tak usah nak soroklah Arayn. Naazneen tahu Arayn juga menggelabah tadi. 

No comments:

Post a Comment