Wednesday 13 April 2016

BELAHAN 2 JIWA - Bab 2




Nour Aien mengetuk-ngetuk meja dengan pen di tangan. Kertas pelan putih yang penuh di atas meja, ditatap kosong. Hanya jasadnya yang berada di situ. Cuba menekuni kerja yang begitu penting dalam hidupnya. Satu-satunya usaha yang ditekuni agar dapat menyandarkan nasib untuk mengubah hidup.

Tidak tenang memikirkan lelaki itu, telefon bimbit dicapai dan dibawa ke pendengaran. Dua kali dering sahaja, suara yang diharapkan bergema di hujung talian.

“Dia datang…” Nour Aien yang masih direntap gemuruh dan rasa takut, ternyata masih belum temui kekuatan dalam suara sendiri. Bicaranya terhenti. Nama lelaki itu terasa berat mahu meniti di bibir Nour Aien

BELAHAN 2 JIWA (Bab 1)


Pili dipulas sehingga habis, merembes air laju. Bunyi pancuran air menghentam-hentam sinki semakin mengkucar-kacirkan hatinya. Air yang berjejeran, disimbah penuh ke muka. Bertalu-talu, tidak henti-henti dan tanpa memikirkan rambut dan muka yang lencun dan berbedak tipis menjadi kian basah.



Seketika, dia berhenti. Tangan menghentak sinki. Nafasnya dilepaskan sekaligus. Bagaikan ada sekatan yang menyesakkan rongga hidung. Hembusan nafas kian lelah. Jiwanya pula tidak keruan. Sungguh! Hatinya benar-benar tertekan.



Nour Aien membawa kelopak matanya menongkah dan merenung sekeping wajah yang di balik dinding cermin yang bulat. Wajah itu pucat. Tidak berdarah. Lantas, sepasang tangan dibawa meraup-raup muka. Mengesat segala titis-titis air agar tidak bersisa. Pipi yang tidak bersolek dan bibir yang dicalit gincu tipis tetap tampak kusam tidak bermaya.

SATU MALAM SAHAJA (Bab 3)






"Kau ni kenapa? Asyik pandang kiri kanan jer? Ada stalker ke?” Suraya jungkit kening dengan nada mengusik. Tapi muka Hanna yang sedia kalut itu kini kelihatan semakin seram. Apa kes pula ni? Kena sampuk hantu ke? Siang-siang macam ni?
“Kau janganlah banyak tanya. Dari tadi tak habis-habis tanya.” Hanna merungut. Dah tak cukup layan bos yang psiko tu, sekarang menghadap pula kawan yang nak jadi Detective Conan pula. Banyak soalan.

“Aku bukan nak busy body tau. Tapi sejak kau keluar dari pejabat tuan besar tadi, kau dah macam cacing kepanasan. Makan pun kau main usik-usik aje. Asyik tertoleh sini sana. Apa yang tak kena? Ada apa-apa yang terjadi? Dia pecat kau ke?”

Suraya tayang muka prihatin. Melihat Hanna yang tak ada hujung pangkal tiba-tiba jadi panik, cemas dan gemuruh itu, membangkitkan perasaan ingin tahunya. Kalau ikutkan hatinya tadi dia mahu menghadap Tuan Wildan. Tapi, entah kenapa Encik Fadhil bertegas membiarkan Hanna yang ambil alih tugas Nor Aien. Sedangkan, Hanna belum bersedia dengan tugas-tugas lain selain dari yang diberikan oleh Suraya.

SATU MALAM SAHAJA (Bab 2)




Wake up Hanna…what a such dreamer girl? Selalu termenung, selalu mengigau tak tentu pasal.



Tidak tahan menanti perempuan itu bersuara, tangan Wildan naik menyentuh pipi Hanna. Ditepuk sekali, menyedarkan gadis yang sedang khayal di hadapannya. Terkulat-kulat Hanna menyentuh semula pipinya. Berbekas rupanya sentuhan Tuan Wildan itu. Terasa jiwanya berkocak-kocak.



“Saya tanya awak dari department mana?” soal Wildan kian garang.



Atau sebenarnya memarahi kelancangan diri sendiri. Tingkahnya yang tanpa segan silu menyentuh pipi gadis tadi. Saat dia rasa betapa dinginnya kulit itu, hati Wildan jadi cair. Seganas-ganas renungannya tadi kini jadi malap pula. Sekecoh-kecoh emosinya tadi kini jadi senyap. Aneh sekali. Hanya kerana menyentuh pipi gadis itu.



Sekerlipan itu, fikiran Wildan pula yang meliar. Membawa dirinya ke dunia khayalan. Mengimpikan bibirnya pula yang lincah bermain-main di pipi gebu itu. Membayangkan pula tangannya nakal berlari-lari dari seluruh wajah ke bibir sebelum jatuh ke leher gadis itu. Turun dan terus turun.

SATU MALAM SAHAJA (Bab 1)




Derap kaki berlarian. Kuat menghentak. Tangga yang jadi pemisah antara tingkat bawah dan atas pejabat itu seakan mahu runtuh. Dihentak-hentak kasut bertumit tinggi gadis yang berambut hitam ikal pekat yang berjuntai sehingga ke paras bahu. Rambut itu terhuyung-hayang dibawa gerakan badannya.



Nafasnya lajunya. Pipinya basah. Degup jantungnya kencang. Panas…badannya membahang. Namun, gemuruh yang membungkus di setiap ceruk tulang-belulang badannya itu, tidak menggentarkan nalurinya. Dia telah bersedia. Walau terpaksa, dia tetap akur.



Hurgh! Hanna Awliya merengus tanpa sedar.



Ini semua salah Nor Ain, rakan sekerjanya itu. Suka hati sahaja bercuti tanpa sebab, tanpa notis. Tak pasal-pasal pula Hanna yang kena ambil alih tugas itu. Kalau setakat nak selak laporan, buat kira-kira atau jumpa pelanggan, dia tak kisah sangat pun. Walaupun dia tak biasa buat, dan banyak kerenahnya, tapi itu lebih baik.

Tuesday 12 April 2016

AWAS! DIA MILIK AKU (Bab 3) - Limited Edition




AKU sudah terkejar-kejar sambil mengerling pada jam di pergelangan tangan. Gadis Cina itu memang sengaja melambat-lambatkan kerjanya. Sehingga aku rasa macam tak cukup masa pula. Tinggal dua jam sahaja lagi.

Aku tercungap-cungap berlari-lari anak menuju ke parkir kereta kala jeritan kedengaran dari dalam beg tangan. Bunyi lagu itu yang menghentikan langkahku.

‘Ah! Takkanlah dia dah sampai?’ akalku berbicara sendiri sambil tangan sudah menggagau mencari pinkiku.

Deringan telefon dengan suara bayi kecil ketawa tak henti-henti sengaja aku khaskan untuk Mikael seorang. Sebab itu, sebaik sahaja lagu itu didendangkan oleh pinkiku aku selalunya terlonjak girang.

Sebaik sahaja pinkiku berada dalam genggaman, aku tersenyum melihat nama pemanggil. Terlonjak aku di tengah-tengah puluhan kereta yang tersusun kemas. Nasib baik tiada yang terperasankan aku. Malunya. Bayangkan kalau Mikael pula yang muncul di hadapanku sekarang ini…? Apa nak buat agaknya? Merah dah muka ini.

Pantas, butang hijau aku sentuh dan tarik ke kanan. Kemudian terkap ke telinga.

AWAS! DIA MILIK AKU (Bab 2)




ANAK mataku melirik ke jam di dashboard kereta. Tinggal empat jam lagi Mikael akan sampai. Masih sempat kalau aku singgah di pusat membeli-belah. Teringin pula nampak cantik di hadapan kekasih hati. Walaupun, aku tahu dia sentiasa menerima apa pun seadaku.

Kereta Kancil pemberian abangku, sudah mula memasuki Mid Valley Megamall sewaktu telefon aku menjerit-jerit lagu Semalam Tanpamu dendangan Stacy dan KRU menandakan ada pesanan ringkas yang masuk dalam peti inbox.

Aku kerling sekilas. Sempat melihat nama penghantar pesanan. Aku mengeluh berat. Malah, sempat juga mencebik. Bukannya aku tidak suka. Masih terngiang-ngiang kata-kata mereka sejam yang lalu semasa di pejabat tadi. Masih bernanah lagi. Sakit hati aku ini ada siapa yang mahu ambil peduli?

Kereta Kancil sudah selamat memarkir di tingkat teratas pusat membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall. Namun, sebenarnya aku hendak berkunjung ke pusat rawatan dan dandanan rambut yan terletak di pusat membeli-belah The Garden, yang terletak setentang dengan Mid Valley Megamall sahaja.

AWAS! DIA MILIK AKU (ADMA) - LIMITED EDITION (BAB 1)




BAB 1
 
ANAK jari tidak pernah sepantas ini. Menyentuh butang di CPU computer yang besar itu sebelum terus ke monitor. Serta-merta, skrin monitor yang terang-benderang tadi bertukar gelap. Hitam pekat.

Belum cukup pun lagi, longgokan pen, pensil dan alatan tulis yang lain, diserkup penuh oleh jari jemari. Sekali genggam sahaja. Dimasukkan ke dalam uncang yang ternganga sedari tadi. Kemudian, dizip uncang merah itu dan dimasukkan ke dalam laci meja. Setelah itu, kertas-kertas yang menimbun, dimasukkan pula ke dalam beberapa fail yang tersedia di atas meja.

“Amboi, lajunya kau berkemas,” tiba-tiba sahaja seseorang muncul di hadapan meja.

Aku buat tidak peduli. Semakin ligat juga tanganku meneruskan apa yang aku lakukan sedari tadi. Kerja-kerja mengemas meja di tempat kerjaku yang terlalu jarang dilakukan selama ini.