Wednesday 13 April 2016

SATU MALAM SAHAJA (Bab 2)




Wake up Hanna…what a such dreamer girl? Selalu termenung, selalu mengigau tak tentu pasal.



Tidak tahan menanti perempuan itu bersuara, tangan Wildan naik menyentuh pipi Hanna. Ditepuk sekali, menyedarkan gadis yang sedang khayal di hadapannya. Terkulat-kulat Hanna menyentuh semula pipinya. Berbekas rupanya sentuhan Tuan Wildan itu. Terasa jiwanya berkocak-kocak.



“Saya tanya awak dari department mana?” soal Wildan kian garang.



Atau sebenarnya memarahi kelancangan diri sendiri. Tingkahnya yang tanpa segan silu menyentuh pipi gadis tadi. Saat dia rasa betapa dinginnya kulit itu, hati Wildan jadi cair. Seganas-ganas renungannya tadi kini jadi malap pula. Sekecoh-kecoh emosinya tadi kini jadi senyap. Aneh sekali. Hanya kerana menyentuh pipi gadis itu.



Sekerlipan itu, fikiran Wildan pula yang meliar. Membawa dirinya ke dunia khayalan. Mengimpikan bibirnya pula yang lincah bermain-main di pipi gebu itu. Membayangkan pula tangannya nakal berlari-lari dari seluruh wajah ke bibir sebelum jatuh ke leher gadis itu. Turun dan terus turun.




“Tuan…saya…saya bawa fail untuk tuan. Laporan 3 buah rumah yang dah siap…diubahsuai.” Hanna cuba menerangkan tujuannya seperti mana yang dia telah berlatih sebelum ke tingkat atas pejabat Unggul Atur Kreatif Sdn. Bhd. tadi. Sebelum memasuki bilik pejabat Tuan Wildan yang berkelakuan tidak senonoh itu.



Wildan tersedar saat suara lembut indah berdesis di pendengaran. Diamati sungguh-sungguh pekerjanya yang tidak pernah muncul di hadapannya itu. Bagaimana dia boleh terlepas pandang? Bagaimana dia tidak tahu ada intan dalam pejabatnya? Sungguh! Dia hampir terlepas mutiara yang berkerlipan menyilaukan nafsunya itu.



Menyedari pipi si gadis basah, dan seluruh badan itu pastinya berkeringat, Wildan berganjak ke mejanya. Mengambil remote air conditioner dan menekan ke had maksimum. Biar gadis itu beku, kesejukan. Biar Wildan juga beku, kedinginan. Kerana apa yang dirasakan oleh tubuhnya sekarang adalah kehangatan yang tidak pernah dirasakan selama ini.



“Wild…”



Terlupa seketika bahawa ada makhluk lain yang berada di antara mereka, Wildan tepuk dahi sebelum duduk di atas mejanya. Di penjuru meja itu.



“Tuan Wildan.” Dia membetulkan panggilan gadis yang sudah berpakaian penuh di belakang Hanna.



Seraut wajah yang baru ternoda itu tadi, kini berubah kelat. Tetapi, dia akur. Mendekati Hanna dan membelek atas ke bawah.



“Tuan, dia ni dari marketing department. Pekerja baru. Kerani jer pun. Tak tahu apa kes dia boleh naik atas ni pula.” Gadis itu melenkolikkan suaranya. Menjeling Hanna tanpa senyuman. Sinis menyindir pula tu.



“Saya tak peduli. Sekarang awak boleh pergi.”



“Tapi tuan, kita belum…”



“Urusan kita dah selesai. Titik.” Wildan menguis-nguis tangannya di udara. Mengusir perempuan itu.



“Tapi…”



“Awak tak perlu susah-susah lagi. Saya dah ada ikan yang lain.”



Tu diaaa! Tunak mata Wildan menikam ke muka Hanna. Senyumannya menjadi nakal. Menjadikan Hanna kecut tidak terkata. Bait-bait kata Suraya bergaung-gaung dalam kepalanya. Terasa mahu pecah. Pasti Suraya akan mentertawakan dia sebentar lagi. Alahai… kenapalah Encik Fadhil memilih dia pula menghadap Tuan Wildan dan bukan kak Suraya seperti kebiasaannya. Dia dan Suraya berkongsi skop kerja. Bahkan dia diambil bertugas pun demi menggantikan Suraya yang bakal bercuti panjang kerana bakal melahirkan anak.



Tanpa menghiraukan perasaan yang berapi di dalam diri betina tadi, Wildan merenung setajam-tajamnya. Menyebabkan dia menghentak kaki. Merengus kegeraman terhadap Hanna sebelum keluar dan menghentak pintu.



Kini, barulah Hanna sedar yang dia berada di medan perang. Di kiri kanannya ada periuk api yang bakal meletup jika tersalah pijak. Padahal hanya ada seorang lelaki yang berstatus majikan di depannya itu. Semacam panglima perang yang kejam, riak wajah Tuan Wildan itu membuat Hanna menggigil pula. Rasa tak selamat tinggal berdua dengan Tuan Wildan yang merenung sedari tadi. Tidak berkalih ke arah lain pun.



Wildan bergerak ke tepi kabinet fail. Mendekati tiang penyangkut baju dan mengambil kemejanya. Belum pun baju disarung di badan, tunak matanya memaku semula kepada Hanna.



“Awak…” Tangan menuding ke muka Hanna. “Buka baju.”



Ha? Terbeliak mata Hanna. Gulppp! Merah mukanya. Terkunci mulutnya. Menggigil tubuhnya.



Wildan tepuk meja dan ketawa berdekah-dekah. Suka tengok muka Hanna masa tu.



“Apa tunggu lagi? Cepat!” Wildan kian ligat menyakat.



Hanna tidak suka berada dalam keadaan itu. Dirinya dipermainkan. Hanya kerana dia tidak dapat menahan rasa takut yang mengepung dirinya itu. Sehingga terbias jelas di penglihatan majikannya.



Kala Hanna membulatkan tekad dan menggembur kudrat, dia bawa diri menghampiri meja dan fail tebal itu dihempuk di atas meja tersebut. Di sebelah Tuan Wildan. Menunjukkan kegeramannya.



Terkejut Wildan. Tertegak badannya, menjauh dari meja. Tak sangka, ada juga staff yang tidak gentar dengan jerkahannya.



Selesai melepaskan geramnya, Hanna menjeling sekilas sambil melangkah ke pintu.



“Hei, mana pula awak pergi tu? Saya tak benarkan awak pergi lagi.” Wildan menyergah, kasar.



Langkah Hanna terhenti. Hati berbelah bahagi. Takkanlah nak berada di situ lagi? Dia suruh buka baju semacam buka fail jer bunyinya. Selamba giler. Dia ingat Hanna ni bukan manusia ke?



“Cepat sini.” Wildan sudah membutang semula kemejanya dengan laju. Sebelum duduk di kerusinya. Entah bila masa dikutipnya, di mana diambil baju tu, Hanna tak perasan pun. Sejenak, Wildan telah bersedia menghadap Hanna. Fail yang dihempuk tadi, dikutip dan dibawa ke perhatiannya. Seolah-olah usikan tadi tidak pernah wujud.



“Ha, apa awak buat situ? Mari sini.” Jari telunjuk menguis-nguis udara.



Hanna bungkam. Masih berkira-kira.

“Cepat. Takkanlah saya nak datang situ pula. Kang nanti saya cempung awak, susahnya awak juga.”



Alah, suka betullah mengusik macam tu. Hanna rimas. Perlahan-lahan, dia patah balik. Mendekati meja Tuan Wildan. Tangan disilang di belakang badan. Memohon kekuatan.



“Oppps! Nanti dulu.” Wildan mengangkat tangan. Menahan langkah Hanna yang sedang mara tadi. Gadis itu pun akur dengan wajah cemberut.



“Cuba awak buat catwalk.”



“Saya bukan model.” Hanna protes. Tak suka sangat.



“Awak mungkin bukan model pakaian, tapi awak dah jadi model dalam diri saya. Ayuh, jalan cara catwalk.”



“Tuan, saya ada banyak kerja di bawah tu. Saya takde masa nak catwalk segala ni. Saya…” Macam mana kalau-kalau dia tengah-tengah catwalk tu masuk terus ke dalam hati Tuan Wildan yang liar tu…yaek! Tak naklah!



Bummm! Berdentum meja itu dihempuk fail. Wildan pula lepaskan geram. Dah nasib kaulah, fail. Nasib kaulah meja. Lepas seorang, seorang pula lepas geram. Dua-dua pula yang jadi mangsa.



Hanna telan air liur dan terus melangkah. Jalannya langsung tak semenggah mana. Tapi, kalau itulah yang Wildan nak, biarlah dia turuti sedetik ini. Makin cepat dia catwalk di situ, makin cepatlah dia keluar dari bilik yang panas macam oven ni. Rasa nak rentung pun ada.



Tanpa Hanna sedar, mata Wildan makin juling tengok punggung Hanna yang melayang ke kiri, melayang ke kanan tu. Ohhh my my my… Wildan sesak nafas tak tentu pasal. Menyesal pula pakai baju ni. Panas lagi. Bulu romanya pun tegak berdiri-diri. Makin Hanna pusing, makin bergoncang tangkai hatinya. Itu baru jalan, berpusing, melayang-layang dah boleh bergegar-gegar jantung Wildan. Cuba bayangkan kalau punggung tu, menari-nari atas paha Wildan sekarang juga. Apa akan jadi?



“Tuan, saya dah penat ni.”



Huh! Wildan pejam celik berkali-kali. Terdengar suara Hanna memekik. Penat berlenggang dari hujung pintu ke hujung dinding, berulang kali tapi lelaki itu masih belum bersuara. Hanna tayang muka penat.



“Sini…duduk…sini.” Tak semena-mena pula Wildan gugup. Atau belum reda lagi gelodak naluri jantannya tadi. Waduh waduh waduh!



Cepat-cepat Hanna mara dan duduk di depan bos yang gatal tu. Kalau bukan kerana gesaan Encik Fadhil tadi, Hanna mahu sahaja cabut masa ini juga. Fail di atas meja ditariknya. Dibuka halaman yang menjadi tumpuan dan diputar semula menghadap Tuan Wildan.



“Tuan, ini laporan perbezaan harga belian perabot dan kelengkapan rumah untuk minggu ni dengan seminggu lalu. Memang ada kenaikan harga yang tidak dimaklumkan kepada kita. Ini pula antara senarai senarai perabot yang ditempah untuk ketiga-tiga rumah tu. Tapi, senarai ni tidak sama dengan yang diminta tuan rumah. Dan…” Hanna angkat muka, bertembung empat mata dengan Wildan.



“Awak tak kahwin lagi, kan?”



Pulak? Soalan apa pula tu, Wildan oi? Takkan nak melamar terus pula.



“Tuan, saya kena terangkan…”



“Saya sudi mendengar. Berapa awak nak saya bayar?”



Pergh!!! Mau kena flying kick ni. Hanna bersandar. Tangan menyilang di dada. Muka Hanna merah. Berapi-api dalam badan. Sempat mendengus sebelum anak mata Tuan Wildan ditenung tanpa gentar.



“Tuan ada apa-apa soalan?”



Wildam tayang kesemua giginya. Suka sangat-sangat diberi peluang keemasan begitu. “Saya ada banyak soalan. Pertama, awak dah kahwin ke belum?”



Wildan jogetkan kening. Menambahkan rasa menyampah dalam hati Hanna. Berkapal-kapal banyaknya.



“Maksud saya, soalan berkenaan laporan tu.” Dia tunjuk ke arah fail dengan bibir yang memuncung.



Tanpa sedar, mengundang nafsu Wildan yang kian mengganas. Semacam dijemput-jemput pula. Terbayang-bayang tingkahnya. Menggomol bibir merah Hanna dengan bibirnya.



“Yang mana?” soal Wildan, menanti bibir itu bergerak lagi.



Hanna yang bentul itu sekali lagi memuncung bibir. Menuding kepada fail di depan Wildan.



Berkepul-kepul rasa yang mendabik dada Wildan. Tubuhnya mengeras hanya membayangkan bibir itu di bibirnya. Lama, dia tenung bibir itu dengan gambaran yang rancak. Membuat nafasnya sesak.



“Macam ni lah tuan, saya nak keluar ni. Dah waktu lunch pun. Kalau tuan tak faham pasal laporan tu, tunggulah Ain balik kerja esok. Atau Encik Fadhil boleh terangkan juga.” Pantas, Hanna bangkit, berdiri menolak kerusi sedikit. Memalang khayalan Wildan yang kena brek mati macam tu saja. Hish! Hanna ni, potong stim betullah.



“Tapi, saya baru nak mula. Baik awak duduk dulu.” Wildan seakan memujuk.



“Tak naklah tuan. Saya lapar, saya nak makan.”



“Okey.” Wildan bangun dan bergegas kepada Hanna. “Jom, kita boleh bincang sambil makan.”



Belum sempat Hanna membantah, tangannya dipegang oleh Wildan. Laju, Hanna menepis.



“Apa tuan buat ni? Mana boleh main pegang jer.” Hanna menyeringai. Tak ada moral punya lelaki!



“Oh, tak boleh ke? Pegang tak boleh ya? Cium boleh?” Wildan merapatkan diri.



“Tuan dah gila. Memang gila!” Hanna menempik kasar.



“Saya mungkin gila. Tapi hanya kerana awak. So, kena hukum kahwin ke kalau dah pegang? Boleh jer. Jom!" Sekali lagi, Wildan pegang tangan Hanna. Kali ni lebih erat.



Hanna hilang sabar. Takutnya pun melurut entah ke mana. Sebelah tangan yang bebas itu, naik menampar muka Wildan. Dan saat itu, Wildan terpaku sejenak. Apa lagi, Hanna cabut lari dengan perasaan geram yang tidak terkata lagi.

4 comments:

  1. Amek kau bos. Ingat semua pompuan sama ke. Geramlah pulak....

    ReplyDelete
  2. Amek kau bos. Ingat semua pompuan sama ke. Geramlah pulak....

    ReplyDelete
  3. dah xda stock lg ke buku nie? saya nak beli.

    ReplyDelete
  4. Sesuka ht jer nk pegang tgn anak dara org...

    ReplyDelete