Sunday 24 July 2016

ORDER BUKU SHEISBELL

Hai uols, 

Berminat nak beli buku2 sheisbell tapi tidak tahu macam mana caranya? 

Well, uols boleh contact sheisbell direct melalui 
1) Email  novellabellresources@gmail.com atau email peribadi sheisbellbutsheisbell@gmail.com 
2) Facebook sheisbell melalui inbox   facebook She Isbell 
3) Melalui admin Novella Bell Resources atau ejen2 yang ada menjual buku2 sheisbell

Berikut adalah stok yang available setakat Ogos 2016
1) Tangkap Muat Punya Fasal
2) Satu Malam Sahaja
3) Bukan Kerana Benci
4) Awas! Dia Milik Aku
5) Gahara Cindai Gemawan

Harga bergantung kepada stok. Terima kasih

Saturday 23 July 2016

SOMETHING ABOUT YOU - Bab 1



COMING SOON - BULAN OGOS 2016
PREORDER SEDANG DIBUKA 
RM40 SM/RM45 SS


Bab 1



Wanita separuh abad tekun mengamati lima orang lelaki yang sama kulit dengannya. Badannya sedikit gempal sehingga memenuhi separuh daripada sofa panjang di tengah-tengah rumah itu.



Bring them in!” pekiknya kepada seorang lelaki berkulit hitam dengan kepala botak yang berdiri di anak tangga hujung. Lelaki itu segera berpusing, menepuk tangan sebelum bunyi tapak kaki bertalu-talu mendekati mereka.



Dia sekadar memerhati senyuman di hujung bibir lelaki di sebelahnya. Beberapa orang perempuan yang hanya memakai lingerie dari kain satin nipis beratur di anak tangga. Masing-masing menggayakan lenggok badan yang mengiurkan.



Dia kembali menatap lelaki di sebelahnya yang berbisik, rapat ke telinganya.



It’s a gift for you. You can choose whichever you want.”

SOMETHING ABOUT YOU - Prolog




PROLOG

“Aku bencikan perempuan. Benci sangat-sangat.” Suaranya ditekankan. Gigi dikancing rapat-rapat. Rasa seperti nak mengunyah setiap daging kaun Hawa sehingga ke ceruk tulang-belulang mereka.

“Aku tak boleh bernafas kalau ada perempuan. Rasa nak bakar mereka hidup-hidup atau makan mentah-mentah…”

“Hairiel, takkan sampai macam tu sekali kebencian kau?” Sahabatnya itu berasa pelik sangat-sangat.

Hairiel merenung jauh. Kalau boleh tembus tembok konkrit di depannya itu, pasti tembok itu sudah lama runtuh. Ngilu sekali kata-kata yang melaung-laung dari bibir Hairiel.

PLEASEEE...Bab 2



Lima minit berlalu, Sufi masih berbelah bahagi. Hendak dikejutkan, dia tak sampai hati. Dengkuran kecil Hail Rayyan di tempat duduknya, menambahkan rasa simpati. Dia tahu lelaki itu kepenatan akibat perjalanan yang jauh dari Somalia dan transit pula di Dubai sebelum sampai di Malaysia.
Berada lama di dalam kereta yang telah dimatikan enjin, Sufi tahu dia akan kepanasan. Pasti juga Hail Rayyan takkan selesa dengan keadaan itu. Lalu, lelaki yang sedang tidur itu diintai dengan ekor matanya. Nampak tak selesa lagaknya. Mungkin kerana adanya tali keledar yang menjerut badan. Sufi terpanggil untuk menanggalkan tali keledar.
Perlahan-lahan, Sufi tanggalkan hujung tali keledar dan genggam erat agar tidak terpelanting kepada Hail Rayyan. Tangannya menurut gerakan tali keledar sehingga tanpa sedar, separuh badannya terdorong sama.

PLEASEEE...Bab 1



Nafasnya lelah. Dia intai-intai jam di tangan sambil kakinya dihayun laju. Macam mana dia boleh lewat? Padahal dia telah keluar dari pejabat seawal jam 10 pagi lagi. Dengan kasut tumit tinggi di kaki, dia sesekali berlari-lari anak, sesekali pula berjalan laju. Menuju ke pintu utama di bahagian kanan bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sudahlah dia terpaksa memarkir di tingkat atas, tunggu lif pula macam sejam tak bergerak. Sekarang, ketika dia memandang skrin monitor bersaiz televisyen 35 inci yang melekat di dinding, pengumuman menunjukkan ketibaan setengah jam yang lalu.
“Isskkk! Takkanlah tiba tepat pula. Harap-harap dia ambil bagasi lebih lama. Bukan tak tahu KLIA ni memang lambat.” Gadis itu menggumam harapan.
“Harap-harap dia sangkut di imigresen pula.” Dia tak tahu imigresen Malaysia paling laju servisnya di dunia.
            Aik? Tak patut. Dia geleng laju. Tak kiralah apa pun. Yang penting, lelaki itu belum keluar lagi.
“You will be there? Waiting for me?”

PLEASEEE...Prolog 3



Hampir setahun Hail Rayyan membantu di kedai jahit. Semua kerja jadi mudah. Hail Rayyan bukan sahaja menjadi tulang belakang untuk kerja-kerja lelaki walau dalam usia belasan tahun. Bahkan, Hail Rayyan memiliki keunikan yang lain. Matanya terlalu cepat meneliti. Dia sangat terperinci dan dengan mudah juga boleh menerima tunjuk ajar yang diberikan Amiera.
Liza Wati juga sangat menyenangi kehadiran Hail Rayyan. Bukan sahaja dia ada teman lain untuk dibuli, tapi kawan untuk bergurau senda. Maklumlah, kerja sebagai tukang jahit ni memerlukan ketelitian yang tinggi. Jadi, fikiran mudah stres dan jiwa terabai.
Amiera mula memasang angan. “Kalau kita dapat tempahan dari butik Sutra De’ Wangi tu, aunty nak tambah pekerja. Nak besarkan kedai ni. Nak…”
“Nak naikkan gaji saya, kan aunty.” Hail Rayyan sengih lagi.

PLEASEEE...Prolog 2



Dia sengaja datang awal. Berpapan-papan pula kain yang perlu dipunggah turun dari but keretanya. Dia kepenatan. Sedang dia asyik memutar kunci untuk dua biji mangga dan dinding besi yang menjadi pintu kedai jahit miliknya, seorang kanak-kakak menjengah ke dalam but kereta.
Wanita 30-an itu sempat mengintai dan berpaling segera. Khuatir rupanya. Diperhati kanak-kanak itu dengan ekor matanya sambil tangan masih menekuni kunci.
“Banyak aunty beli kain hari ni,” tegur kanak-kanak itu dengan senyuman manis.
Dia segera mengukir senyuman balas. Bimbang jika dia berlagak sombong, kanak-kanak itu boleh bertindak liar. Memandang kepada penampilan dia yang hanya berseluar lusuh dan koyak di bahagian bawah. Berselipar jepun dengan tapak yang nipis di bahagian belakang kakinya. Baju pula walaupun tidak berbau, tetapi nampak tidak berbasuh sekian lama.

PLEASEEE...Prolog 1



“Ayahhh…” Sufi berpaut dengan seluruh tenaga yang ada.
Kaki Bahrun terkunci. Dia bertambah geram. Kemarahan membuak-buak. Di sebelah kanan Sufi Alisha dan di sebelah kiri pula Adila Ariekin. Dua-dua anak kesayangannya. Dua-dua jantung hatinya. Kalau seorang itu intan, seorang lagi adalah permata. Tetapi, kenapa…?
Arghhh! Kenapa Adila terlalu degil? Kenapa pula Sufi tak boleh nak faham?
“Ayah bukan nak kau mati. Ayah nak kau kahwin saja. Ayah tak mahu dituduh manusia tamak! Lelaki perampas. Dewi Amiera itu bukan milik ayah. Kenapa kamu tak faham-faham?” jerkah dan pekikan bersilih ganti.
Rambut yang separuh beruban diramas sekasar-kasarnya. Menumpahkan segala kekusutan dan kemarahan yang terpendam.