Saturday 23 July 2016

PLEASEEE...Bab 1



Nafasnya lelah. Dia intai-intai jam di tangan sambil kakinya dihayun laju. Macam mana dia boleh lewat? Padahal dia telah keluar dari pejabat seawal jam 10 pagi lagi. Dengan kasut tumit tinggi di kaki, dia sesekali berlari-lari anak, sesekali pula berjalan laju. Menuju ke pintu utama di bahagian kanan bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sudahlah dia terpaksa memarkir di tingkat atas, tunggu lif pula macam sejam tak bergerak. Sekarang, ketika dia memandang skrin monitor bersaiz televisyen 35 inci yang melekat di dinding, pengumuman menunjukkan ketibaan setengah jam yang lalu.
“Isskkk! Takkanlah tiba tepat pula. Harap-harap dia ambil bagasi lebih lama. Bukan tak tahu KLIA ni memang lambat.” Gadis itu menggumam harapan.
“Harap-harap dia sangkut di imigresen pula.” Dia tak tahu imigresen Malaysia paling laju servisnya di dunia.
            Aik? Tak patut. Dia geleng laju. Tak kiralah apa pun. Yang penting, lelaki itu belum keluar lagi.
“You will be there? Waiting for me?”

Sufi Alisha tidak memberikan respond kepada soalan itu. Nada suara itu pula bagaikan mengharap dia akan muncul. Ada sesuatu yang membuat Sufi tak lena tidur sejak semalam. Pertanyaan itu bagaikan suatu permintaan wajib yang harus dilunaskan.
Damn!
Sufi Alisha gelisah semacam. Dia sudah lewat hampir setengah jam. Tetapi, ketika dia berada di pintu utama ketibaan luar negara, kelibat lelaki itu tidak kelihatan. Entah-entah dia sudah menaiki teksi dan beredar dari situ.
Begitu Sufi mengandaikan ketika orang ramai berpusu-pusu keluar dari pintu yang terbuka luas. Namun, batang hidung orang yang dinanti-nantinya tidak juga kunjung tiba. Seketika, sejalur rasa terkilan menghempap pengkalan hati. Tidak sudikah dia bersua muka dengan Sufi? Tiada rasa rindu walau sezarah debu? Atau setidak-tidaknya, berilah muka kepada Sufi. Bukankah antara mereka pernah ada sejarah yang tidak pernah dinafikan?
“Assalamualaikum.”
Suara garau di belakang Sufi berjaya menyentak dirinya. Sepantas kilat, Sufi berpaling. Serentak itu, tubuhnya berpusing sama. Anak mata terus menangkap seraut wajah yang tidak asing baginya. Walau jarak dan masa melangkau jauh, wajah itu tetap sama pada ingatannya.
“Lama tunggu? Sorry, tunggu bagasi lama sangat di dalam,” sambungnya ketika Sufi masih leka membelek wajah lelaki berdagu belah dengan parut kecil di sebelah kening kirinya.
Lelaki itu larikkan senyuman tipis. Mata tak berkerdip mengamati Sufi. Dalam tak sedar, kelopak matanya turun naik. Membelek tubuh seseorang yang jauh sekali berbeza berbanding dengan yang masih melekat di dalam kepalanya itu.
Betullah, dia lelaki yang sama. Lelaki yang lapan tahun lalu begitu dekat dalam hidupnya.
"Shall we go now?" sambung lelaki itu. Dia yang menarik satu bagasi sederhana kecil sudah melangkah setapak dua ketika Sufi tersedar sesuatu.
Terkocoh-kocoh Sufi cuba menyaingi lelaki yang memang dari dahulu sentiasa laju ke hadapan. Berjalan bersama lelaki itu sangat memenatkan Sufi. Malangnya ketika itu fikiran Sufi terarah kepada bagasi yang ditarik lelaki yang lima inci lebih tinggi berbanding Sufi. Hanya dengan kasut bertumit tinggi itu barulah Sufi berdiri hampir sama tinggi dengan lelaki itu.
Ketika Sufi masih terkedek-kedek menyaingi lelaki itu, dia mengerling, mengintai Sufi bersama senyuman kecil di hujung bibir.
You still belum jawab salam yang I berikan,” selanya.
Sufi terkedu. “Hail...Waalaikumsalam.” akhirnya, suara Sufi melolos keluar ketika dia sudah seiring dengan lelaki yang dipanggil Hail itu.
Langkah kaki mereka terhenti pada susur elektrik pejalan kaki di tengah-tengah laluan. Eskelator bergerak dibiarkan membawa langkah mereka menuju ke parking lot kereta. Lagak sepertinya lelaki yang sudah biasa, Hail Rayyan seolah-olah tahu ke mana hala tuju.
Hail Rayyan berpaling dan untuk kali kedua dia mengamati Sufi Alisha sungguh-sungguh.
“Kenapa? Something wrong?” Sufi tercengang kehairanan. Walhal sebenarnya dia berasa malu ditatap lama-lama oleh lelaki itu.
Bukanlah dia tak biasa berlawan pandang dengan lelaki. Atau berbual sambil merenung jauh ke dalam mata lawan. Tetapi lelaki yang di depannya itu bukan sembarangan orang. Dialah Hail Rayyan, lelaki yang lapan tahun membawa diri.
Sufi mengesat peluh yang terasa merimaskan dirinya. Rambut diselak ke belakang bahu.
How’s your journey?” soalnya, cuba berbahasa-basi. Atau menghilangkan rasa kekok setelah sekian lama.
It’s okey. By the way, you look different.” Hail Rayyan melirik semacam.
Debar di dada Sufi mula dipalu-palu. Dia tersipu-sipu.
I tak maksudkan yang tak baik tau. Maksud Iyou nampak lain daripada dulu.” Hail Rayyan rasa bersalah. Bimbang kelancangan mulutnya menyinggung perasaan Sufi.
“Tentulah lain. Kan dah 8 tahun. I dah kerja tau.” Sajalah Sufi cuba meleraikan kekekokan yang terjadi. Sedangkan jauh di lubuk hati, taman itu dihiasi bunga-bunga yang sedang kembang mekar.
“Ya, I tahu you kerja. You panggil I datang pun sebab kerja, kan?” Hail Rayyan menggesa jawapan. Nadanya penuh pengharapan.
Sufi Alisha yang tak faham mengangguk laju. Tidakkah terbias di matanya seraut wajah Hail Rayyan yang dibilas hampa itu?
Yes Hail. I need you. Would you help me, pleaseee,” rayu Sufi pula, tanpa sekelumit ego yang bersisa.
Hail Rayyan senyum. “I dah datang, dear. I’ll help you. Anything you want. Everything you want. I akan buat apa sahaja untuk you.
Kenapakah bicara itu bagaikan membasuh segala rasa marah yang terpendam sejak lapan tahun lalu?

No comments:

Post a Comment