Saturday 23 July 2016

SOMETHING ABOUT YOU - Bab 1



COMING SOON - BULAN OGOS 2016
PREORDER SEDANG DIBUKA 
RM40 SM/RM45 SS


Bab 1



Wanita separuh abad tekun mengamati lima orang lelaki yang sama kulit dengannya. Badannya sedikit gempal sehingga memenuhi separuh daripada sofa panjang di tengah-tengah rumah itu.



Bring them in!” pekiknya kepada seorang lelaki berkulit hitam dengan kepala botak yang berdiri di anak tangga hujung. Lelaki itu segera berpusing, menepuk tangan sebelum bunyi tapak kaki bertalu-talu mendekati mereka.



Dia sekadar memerhati senyuman di hujung bibir lelaki di sebelahnya. Beberapa orang perempuan yang hanya memakai lingerie dari kain satin nipis beratur di anak tangga. Masing-masing menggayakan lenggok badan yang mengiurkan.



Dia kembali menatap lelaki di sebelahnya yang berbisik, rapat ke telinganya.



It’s a gift for you. You can choose whichever you want.”




Dia tersentak. Bulu roma meremang di tengkuknya. Dia imbas sejenak empat orang perempuan yang kini turun dari tangga dan masing-masing mengatur langkah drastik kepadanya.

Lima lelaki berlainan warna kulit dengannya, diburai tawa apabila Hairiel menepis tangan yang melingkari badannya. Seram pula apabila gadis-gadis yang terlebih ‘sopan’ itu mula meraba baju dan seluar jeansnya.



Bos, thank you…but…” Hairiel sedikit cemas. Dia tidak menyangka majikannya yang berkulit hitam itu mempunyai agenda tambahan untuknya.



“Come on, Hairiel. It’s my treatment for your big success on our previous mission. The CDs that you brought, they all got big hits!” Bahu Hairiel ditepuk kuat oleh majikannya. Sebotol Tiger Beer berkaca hijau gelap diangkat sebelum disua kepada Hairiel. Hairiel kembali menggeleng.



“He is a bit shy,” terdengar komen di hujung sofa. Disambut ketawa mengejek lelaki-lelaki yang lain.



“I bet he is shy because of you guys. But he will be a tiger in bed…with me.” Seorang gadis melabuhkan punggung di atas paha Hairiel. Merah muka Hairiel, kejang seluruh badannya apabila tangan-tangan lain mula menanggalkan blazer yang membaluti tubuhnya.



Tonight is your lucky night, Hairiel. Don’t worry, you can either have them for one night or for the rest of your life, if you want to. The choice is yours.” Kalau diikutkan, majikannya itu sedang bermurah hati.



Hairiel tidak tahu bagaimana hendak menolak. Pun begitu, Hairiel tak berselera menjamah tubuh gadis-gadis berkulit hitam yang melingkar-lingkar di badannya itu. Nafsunya mati serta-merta. Bukanlah mereka tidak cantik. Tapi seleranya mungkin lebih kepada nusantara.  



Come on, Hairiel. Choose anyone. If you don’t want her, hand her over to me. I’ll be delighted.” Tokok lelaki di hujung sofa tadi.



Hairiel mengerutkan wajah apabila ketawa berlarutan di ruang tamu itu. Bahkan keempat-empat gadis tadi, seakan mengejek-ngejek dirinya jua. Tercabar, kemarahan terjentik. Tubuh gadis yang berada di pangkuannya ditolak kasar. Hampir sahaja gadis itu tersungkur ke lantai.



Sorry, but I’m not in the mood.” Hairiel serius. Majikannya di sebelah terkesima.



Don’t touch me!” jerkahnya kepada gadis-gadis yang masih melilit di badannya.



Suasana jadi hening seketika. Lelaki berkepala botak segera memberi isyarat kepada gadis-gadis itu menjauhkan diri dari Hairiel. Nasib baiklah, Hairiel memang terkenal dengan sikap kasarnya. Lantaran itu, apabila dia tinggikan suara, bukan sahaja perempuan ketakutan. Bahkan lelaki-lelaki berdarah Afrika itu semuanya akan kebisuan.



Maybe, his taste has changed since he came back from his country last month.” Sela majikannya yang tak lepas dengan beer di tangan.



Wanita berbadan gempal tersenyum sinis. “Are you saying that the whole month, you slept alone? What a shame.  Pity you.”



Why don’t you bring a new girl? A fresh one. Like someone from Asia?” saran salah seorang daripada mereka.



Hairiel sedar saat itu dia terperangkap. Mereka takkan balik dari rumah pelacuran itu tanpa teman untuk dibawa pulang.



Lelaki berkepala botak yang mengawasi anak-anak gadisnya, berbisik sesuatu kepada wanita gempal tadi. Mereka kelihatan tegang seketika. Seketika, wanita itu termenung lama. Berfikir-fikir sesuatu sebelum menghela nafas berat.



Well, I have this little girl from Malaysia. She’s a mess. You can have her if you want,” keluhnya, semacam tidak senang.



Malaysia? Hairiel tersentak. Benarkah apa yang dia dengar ni? Gadis Malaysia di sini? Wajahnya berubah riak. Fikiran bercangkaliwang.



Kesemua jatuhkan tatap kepadanya sebelum disusuli dengan tepuk sorak.



See, he excited about this girl. Come on, bring that girl. Let him see her first.” Majikan Hairiel bersuara.



Lelaki berkepala botak segera beredar ke tingkat atas semula. Sementara gadis-gadis yang tinggal, mula melayan lelaki-lelaki yang berada di situ. Mengabaikan selera Hairiel yang sedang bergelut kencang. Dada dipalu debar. Peluh terasa membasahi badan. Blazer yang terbuka butang, ditanggalkan.


Hairiel resah menanti gadis Malaysia itu.

No comments:

Post a Comment