Saturday 23 July 2016

PLEASEEE...Bab 2



Lima minit berlalu, Sufi masih berbelah bahagi. Hendak dikejutkan, dia tak sampai hati. Dengkuran kecil Hail Rayyan di tempat duduknya, menambahkan rasa simpati. Dia tahu lelaki itu kepenatan akibat perjalanan yang jauh dari Somalia dan transit pula di Dubai sebelum sampai di Malaysia.
Berada lama di dalam kereta yang telah dimatikan enjin, Sufi tahu dia akan kepanasan. Pasti juga Hail Rayyan takkan selesa dengan keadaan itu. Lalu, lelaki yang sedang tidur itu diintai dengan ekor matanya. Nampak tak selesa lagaknya. Mungkin kerana adanya tali keledar yang menjerut badan. Sufi terpanggil untuk menanggalkan tali keledar.
Perlahan-lahan, Sufi tanggalkan hujung tali keledar dan genggam erat agar tidak terpelanting kepada Hail Rayyan. Tangannya menurut gerakan tali keledar sehingga tanpa sedar, separuh badannya terdorong sama.

Ketika tali keledar dilepaskan di hujung dinding kereta, anak mata Sufi tertancap ke mata Hail Rayyan yang terkatup kemas. Parut di kening kirinya itu seakan memanggil-manggil jari Sufi untuk mengusapnya lembut. Telah lama Sufi menyimpan niat itu. Mungkin, sejak kali pertama dia bertatapan dengan Hail Rayyan.
Pandangan Sufi dijatuhkan ke bibir Hail Rayyan yang tebal di atas dan nipis di bahagian bawah. Tentu enak rasanya kalau dapat menggigit bibir itu. Tak semena-mena, Sesuatu terancang di minda. Hembusan nafas lelaki itu menampar-nampar wajah Sufi. Manakala haruman minyak wangi menyusup ke hidungnya. Lantas, hati yang telah lama sepi itu berkocak.
Ada kerinduan yang tidak pernah terburai. Ada keresahan yang tak pernah ditumpaskan. Bahkan, ada tangisan yang sering berlagu di penghujung senja. Sufi terbuai berada serapat itu dengan suaminya. Lelaki yang meninggalkannya lapan tahun dahulu tanpa sebarang dendam.
“Sufi…” Namanya disebut apabila sepasang mata Hail Rayyan terbuka. Sufi lekas-lekas kembalikan dirinya ke posisi sepatutnya.
“Kita dah sampai,” kata Sufi tanpa memandang Hail Rayyan.
Hail Rayyan yang masih bingung dengan apa yang berlaku tanpa sedarnya itu sekadar melontar jauh-jauh kesangsian yang terdetik sekejap tadi. Pada fikirannya, tak mungkin Sufi cuba menciumnya dalam keadaan dia yang sedang lena. Takkanlah!
Sufi telah berada di luar kereta ketika Hail Rayyan mengeliatkan badan dahulu sebelum menurut langkah. Dia pandang sekitar kawasan yang asing itu.
“Kita kat mana ni?” soalnya sambil mengeluarkan bagasi dari but kereta.
Sufi senyum. Kondominium 40 tingkat itu adalah kebanggaannya. Rumah yang terletak di tingat 32 adalah hasil usahanya.
“Rumah kita. Welcome home,” balasnya spontan.
Hail Rayyan terpempan. Wajahnya beku tiba-tiba. Sufi terasa ada perubahan pada pandangan Hail Rayyan. Serta-merta, sekeping hatinya tercalar luka.
“Oh, you tak nak tinggal sebumbung dengan I? Sorry Hail, I tak tahu kalau you akan menolak. Maaf… masuklah balik. I hantar you ke hotel.” Sufi yang telah pun berada jauh dari kereta terpaksa berpatah balik.
Hail Rayyan pantas menahan Sufi dengan merentap tangannya ketika melepasi dirinya. Sufi tarik nafas ketika sentuhan Hail Rayyan bagaikan elektrik yang merenjat badannya. Namun, sempat membuat hatinya terpukau.
“Sufi…” Tangan Sufi digenggam erat. “I’m sorry. I didn’t mean anything. I just shock that you are able to allow stay with you. I thought setelah I tinggalkan you, you takkan sudi serumah dengan I…” Hail Rayyan sedikit gugup untuk meluahkan perasaannya. Dia telah lama cuba menepis ingatannya terhadap Sufi Alisha. Telah lama membenamkan rasa bersalah yang bersarang.
Come on, jangan tersinggung dengan I. I dah lama berjauhan dengan you. I tak kenal you dan you mungkin tak kenal I lagi. So, elok juga kita sentiasa dekat. Selain I boleh kenali you, you boleh ceritakan pada I masalah you tu.” Tak semena-mena, jari Hail Rayyan naik mencuit dagu Sufi.
Hampir sahaja hati Sufi dilanggar ribut suka-ria. Mahu terlonjak girang, malunya berbukit-bukit. Lantas, dia sekadar larikkan senyuman tipis. 
“Betul you tak kisah?” Sufi pula menggoda dengan senyuman manisnya.
Hail Rayyan angguk, perlahan tetapi tampak bersungguh-sungguh.
Then, againwelcome home,” ucap Sufi, berpusing dan cuba menyambung langkah yang terganggu tadi. Kembali menuju ke rumahnya.
“Sufi!”
Tiba-tiba bayang suatu objek melintas di penglihatannya. Sebelum dapat mentafsir objek itu, badannya seakan melayang. Tak sedar, tubuhnya telah direntap Hail Rayyan dan sepantas kilat, badan Sufi melekat di badan Hail Rayyan. Mereka berpelukan bersama helaan nafas yang tercungap-cungap.
Sufi baru dapat mengagak apa yang terjadi.
Watch your step. Be careful,” gumam Hail Rayyan yang hanya seinci dari atas kepala Sufi. Kalau dia mendongak, boleh sahaja dia cair dalam dakapan Hail Rayyan. Sufi bekukan badan. Tidak bergerak. Sedang debar di dadanya menggelupur hebat.
Sempat Sufi kerling dengan ekor mata, sebuah kereta yang terhenti mendadak tadi, kembali menyambung perjalanan setelah memaki seketika.

No comments:

Post a Comment