Sunday 13 September 2015

TANGKAP MUAT PUNYA FASAL (Bab 3)






Tizz Hartini menggumpal-gumpal rambutnya. Dibelek seketika di balik dinding kaca yang menyaksikan pemandangan sebahagian besar bandaraya ternama Kuala Lumpur. Di ketinggian 43 tingkat, dia berasa belum cukup puas. Bangunan yang bakal dibina nanti adalah dua kali tingginya daripada Strength Hill Group.
Dari arca kaca itu terbias juga satu-satunya lelaki yang menjadi penghalang antara dia dengan projek bernilai jutaan ribu itu. Selesai melaram diri agar tampak kian cantik, Tizz berpusing menghadap Arayn Arfan.
Arayn menyandar lemah di kerusi megahnya. Kepala melentok di atas bahu kerusi. Kedua-dua telapak tangannya menindan mata. Terletak kemas di atas dahi. Fikirannya kacau. Emosinya bilau.
Darling, you tak perlu pening kepala kerana perempuan tu. Just forget it.” Tizz mengatur langkah. Kini, berada di belakang kerusi Arayn yang sedang memejam mata serapat-rapatnya. Tanpa berlengah, dia letak jemarinya di pelipis Arayn. Mengurut konon.

Arayn tersentak.
“Tizz!”
What? I cuma nak kurangkan sakit kepala you.”
“Kalau you nak I agar tak sakit kepala, baik you balik. Just leave me alone.” Arayn bangkit. Beredar ke sudut empat sofa kecil di depan pintu bilik pejabatnya. Meninggalkan Tizz yang kelihatan hampa.
Tizz tidak mengalah. Tidak mungkin dia berundur dan bagi ruang kepada perempuan berambut panjang tadi masuk dalam hidup Arayn. Dari raut muka dan tingkah Arayn, pasti ada sesuatu yang dirahsiakan lelaki pujaan hatinya itu.
Tizz segera ambil tempat duduk Arayn dan menongkah dagunya dengan sebelah tangan. Mengamati Arayn yang keresahan. Kepala lelaki itu memandang siling.
Don’t tell me that you knew her?”
I tak kenal dia. Sumpah!” Arayn rimas.
“Lelaki selalu pandai bersumpah.”
Don’t start. I’m not in the mood.”
Arayn pusing. Serabut. Tidak cukup dengan Tizz, sekarang datang seorang lagi perempuan yang tidak dikenalinya. Mendakwa dia sebagai suami? Biar betul? Bila masa pula Arayn kahwin? Dia sendiri pun tak tahu. Mesti ada udang di sebalik mee agaknya.
“Kenapa you bengang dengan I? Sepatutnya I yang marah-marah. I yang mengamuk sekarang ni. Entah perempuan mana pula datangnya tu. Muncul depan I dan cakap you tu suami dia. Peleeeslah.”
Satu badan Tizz rasa panas. Mengenangkan muka Naazneen tadi, hatinya pula terbakar. Sudahlah muka perasan lawa. Hish! Kalau ada lesung tadi, memang dia tumbuk-tumbuk sampai lumat. Lesung? Heyyy, blender lagi elok. Sekali pusing saja.
Arayn tersengih lama. Dia makin suka pula tengok Tizz marah-marah gitu. “Kalau I jadi suami dia pun, kenapa you nak marah?” soalnya, menguji.
“Arayn…”
“Tizz, I dah cakap. You tak perlu tunggu I. I tak mahu you terus mengharap. Antara kita memang tak serasi. Tak ada masa depan.” Kali ini, Arayn serius. Dia tidak pernah berjanji. Tidak pernah terfikir soal kahwin. Bukan dengan Tizz. Bukan dengan mana-mana perempuan pun. Terutamanya perempuan yang tidak dikenali langsung. Dia sudah lama ‘berkahwin’ dengan kerjanya. Seperti yang selalu disebut-sebut tiga wanita hebat dalam hidupnya itu.
Tizz memeluk tubuh sendiri. Menayang muka geram. Ulasan Arayn menyakitkan hatinya. “What? Now siapa pula yang mulakan?”
Arayn tutup mulut. Dia tidak suka bertekak. Malas nak layan Tizz. Anginnya selalu jadi taufan tanpa sebarang amaran.
“Dua tahun I setia bersama you. Ke mana saja you pergi I ikut. Kali terakhir I ikut kemahuan you, I tinggalkan you seorang diri di Kuching. Tengok apa yang jadi?” sambung Tizz. Geram. Dia patut geram. Luka. Dia memang terluka. Arayn tak pernah faham hati seorang perempuan.
Arayn hanya memandang dengan sayu. Dua bulan yang lalu. Semuanya kabur. Untuk dua minggu itu, dia tidak tahu apa yang terjadi. Kepalanya kosong.
“Kalau bukan kerana Helmi, siapa akan tahu mana you pergi dan apa yang terjadi dengan you. You still don’t remember how’s you end up at hospital?”
Arayn tidak ingat. Bukan samar-samar. Langsung hilang. Menurut doktor dia mengalami transient global amnesia atau hilang ingatan sementara. Dalam banyak-banyak waktu, hanya dua minggu itu sahaja yang luput daripada ingatannya. Doktor merumuskan kemungkinan kerana kejadian yang menimpa diri Arayn sebelum itu.  Tapi apa sebenarnya yang terjadi dalam dua minggu itu?
Tizz bangkit, melangkah mendekati Arayn.
It’s okey if you don’t remember. As long as you remember me and yourself,” tukasnya. Nadanya menggoda.
How if…” Arayn tak sanggup.
You nak cakap yang you end up marrying that girl during the period?”
Arayn bungkam. Macam mana kalau betul? Bukan ke dia ada cakap tadi yang Arayn menghilang dua bulan lamanya?
No! I can’t accept that.”
Just think about it.” Arayn memujuk.
No way, Arayn. You belong to me. I takkan fikir you sanggup kahwin dengan orang lain.”
“Kenapa? She looks attractive.” Arayn terlepas cakap. Muka Naazneen terbayang-bayang semula.
Apa? Kepala Tizz berasap. Arayn sengih. Suka melihat air muka Tizz yang berubah merah. Macam jembalang lapar.
Very funny. Hahaha.”  Tizz faham taktik Arayn. Suka buat dia marah. Suka buat dia bengang. Tapi, hati Tizz kuat. Tidak akan terjentik dengan lawak jenaka Arayn. Sebab dia tahu tujuan Arayn tidak lain dan tidak bukan adalah untuk dia berundur dengan rela hati daripada ikatan yang terjalin sejak dua tahun ini. Walaupun tidak sah, cukup buat Tizz.
Arayn kembali merenung siling. Dia nampak muka Naazneen di situ. Dia nampak air mata Naazneen yang jatuh tak tersekat tadi. Hati Arayn kebas. Dia perlu lakukan sesuatu. Takkan nak ingat muka perempuan tu lagi? Argh!!!
*****
Sejam berlalu, Tizz sudah balik. Arayn membuka laci meja paling bawah. Sebuah sampul coklat dikeluarkan. Beberapa helai kertas juga dikeluarkan dari sampul itu. Kemudian, Arayn menyeluk saku seluarnya. Kad gold dan jam tangan tinggalan Naazneen tadi diletak di atas meja. Dekat dengan kertas-kertas itu tadi.
Jam tangan itu dibelek. Kemudian, jari-jemari Arayn mencari sesuatu di dalam timbunan kertas-kertas tadi. Bertemu dengan yang dicari, dipandankan dengan jam tangan itu.
Jantung Arayn berhenti berdegup. Sama. Jam di tangan dengan brochure jam yang pelbagai jenis, ditatap lama-lama. Salah satu daripada gambar yang ada adalah sama dengan jam yang ditinggalkan Naazneen tadi.
Kalau jam itu betul, adakah pengakuan Naazneen tadi juga betul? Ahhh, tidak mungkin. Mesti kebetulan saja ni. Arayn tetap curiga. Berdegil mahu menerima. Siapalah boleh terima kalau tiba-tiba ada perempuan muncul mengaku sebagai isteri? Bukannya tidak ramai yang mahu ambil kesempatan kalau diberi peluang. Duit boleh beli semua orang. Arayn sedar hakikat itu adalah pahit.
Untuk memastikan lebih tepat, Arayn melarikan jari-jemarinya kepada senarai pembelian yang dibuat melalui rekod kad kredit miliknya. Menurut yang tercatat pada kertas itu, dia melakukan banyak pembelian barang-barang untuk perempuan seperti baju, kasut, bunga, barang kemas dan jam. Mulanya dia fikirkan semua itu adalah untuk Tizz. Walaupun ada keraguan kerana dia tidak mungkin berbelanja seboros itu untuk Tizz, tetapi dia diamkan sahaja. Bunga untuk Tizz, oh…jangan haraplah. Adakah semua itu untuk Naazneen?
“Sibuk ke?”
Arayn tersentak apabila seorang lelaki berambut panjang yang terikat kemas menapak masuk. Tanpa diundang, terus ke kerusi di hadapan Arayn. Kalut Arayn menjatuhkan semua kertas, jam dan kad di atas meja ke dalam laci paling atas di mejanya.
“Rahsia ke?” soal lelaki itu, menjentik perasan Arayn menjadi kalut.
Takde maknanya.” Arayn buat bodoh. Tekun menyimpan sampul coklat ke dalam laci. Sehingga tiada yang tinggal di meja.
You makin banyak berahsia dengan I.” Pemuda itu tersengih. Bukannya dia tak kenal Arayn. Lama. Sebelum dia menjadi sebahagian daripada keluarga Arayn lagi.
“Rahsia apa pula ni? You ni Mie dah makin suka menyibuk hal orang. Sama dengan Liya.”
“Aku tak sibuk hal orang lain. Aku sibuk hal kau.” Helmie tertawa halus. Dah hilang I, You tu maknanya Helmie serius.
Pandangan mata mereka bertaut. Helmie mendekatkan muka. “Apa ceta tadi?”
Arayn jadi kalut. Tidak tahu apa yang harus diceritakan. Dia tidak tahu punca. Tidak tahu siapa. Juga tidak tahu kebenarannya. Lantas dia bangkit, berdiri di depan Helmi sambil kedua-dua tangan tegak menyentuh meja.
“Kau dah dengar apa yang berlaku?”
“Aku dengar meeting kau cancel sebab ada awek cun main rempuh nak cakap dengan kau. Jangan cakap dengan aku awek tu ialah Shidah atau Emma?”
Arayn geleng kecil. Ohhh, tidak! Awek itu jauh lebih hebat daripada Shidah atau Emma. 
Helmi merenung muka Arayn yang serius. Dia semakin berminat untuk tahu. Siapalah awek yang berani merempuh bilik meeting semata-mata nak bercakap dengan Arayn? Tizz sendiri pun tidak ada keberanian sebegitu rupa. Masalahnya, macam mana awek tu boleh naik ke tingkat 42? Takkanlah security guard boleh benarkan orang luar naik sampai ke situ. Kecuali…ahhh, Arayn yang jemput?
“Kau saja nak gagalkan meeting kau, kan?” Helmi main serkap jarang. Kening Arayn terangkat.
“Kenapa pula aku nak buat gitu?”
“Kan kau tak suka didesak oleh Tizz dan idea team dia tentang projek Tiara tu. So, untuk menghalang kau buat keputusan, kau upah awek datang serbu kau masa meeting?” Helmie jungkit-jungkit kening. “Amacam? Berkesan tak rancangan kau tu?”
Mahu sahaja Arayn gelak. Ada juga logiknya telahan Helmie tu. Tapi bukan itu yang berlaku. Malah, lebih hebat daripada itu.
“Kau takkan percaya apa yang berlaku?”
“Baik kau cakap sebelum kakak kau yang tanya.”
Ya, baik Arayn berterus-terang sekarang sebelum kakaknya Liyana muncul di situ dan bertanya dari hujung pangkal sehingga ke pangkal yang dia sendiri tidak tahu. Mungkin, kalau ada lubang cacing, busut kerengga atau sarang tebuan, semua pun Liyana rempuh, tidak kisah. Alahai, kakaknya yang seorang itu suka betul dengan mesyuarat tingkap yang dibuat Tizz. Entah-entah sekarang pun Tizz dan Liyana sedang bercakap-cakap di belakangnya.
“Perempuan tu muncul dan mengaku bahawa aku ni suami dia.”
“Ha?” Mata Helmie melopong. Badannya bangkit. Mereka sama-sama berdiri. Pandangan mata Arayn membuktikan kepada Helmie yang dia tidak main-main.
“Iya, dia kata aku tinggalkan dia dua bulan lalu dan tak balik-balik.” Arayn menyambung. Terbayang seraut wajah Naazneen. Pengakuan itu berputar-putar sekali lagi dalam album ingatan Arayn.
“Lagi?”
“Itu saja. Entahlah. Aku tak pasti. Sebab aku tak bagi dia peluang. Aku halau dia.”
“Kau tak tanya apa-apa?”
Arayn Geleng.
“Kau biarkan dia keluar begitu saja.”
Arayn angguk.
Seketika dia menokok. “Tapi, dia sempat tinggalkan jam dan kad gold kepunyaan aku.”
Kad gold? Patutlah dia boleh naik sampai tingkat 42. Arayn ada dua set kad nama. Satu untuk peribadi dan satu lagi untuk formal. Jarang Arayn bagi kad gold kecuali untuk kerabat keluarga terdekat.
“Dan yang hairannya…” Arayn mengeluarkan semula kad gold itu dan mencampakkan di atas meja. Di depan Helmie, abang iparnya itu seraya menyambung. “Kad tu ada tandatangan aku di belakang.”
Helmie terpaku. Tergamam. Ini benar-benar gempar. Dia tahu maksud tandatangan di belakang kad. Tentu sahaja perempuan itu bukan calang-calang orang kalau mampu membuat Arayn menandatangani di belakang kad namanya. Seseorang yang sangat istimewa.
Namun, hanya renungan Arayn dan Helmie yang berbicara tanpa suara. Mengerti makna kad itu.

No comments:

Post a Comment