Wednesday 8 June 2016

SI HITAM MANIS (Bab 3) - Coming Soon





Niatku memanglah hendak ke kedai buku di hujung taman perumahan. Tapi, entah kenapa kereta myvi kuning yang aku pandu membawa langkahku sampai ke sini. Berbatu-batu jauhnya. Kawasan perumahan lain yang pesat membangun. Orang kata, di sini semua ada.
Aku duduk seorang diri di Starbuck, melayan capucino panas secawan dan kek sepotong. Indahnya kalau ada yang menemani.
“Assalamualaikum.” Aku baru nak berangan-angan apabila dia muncul bagaikan anugerah Allah buatku.
Aku tiba-tiba panik apabila seraut wajahnya yang melekat dalam kepalaku kini berada di depanku. Tanpa aku pelawa, dia duduk di kerusi kosong di depanku. Aku terus tak menentu. Salamnya aku jawab hanya menggerakkan bibir. Tiada suara yang melucut dari celah-celah gigiku yang lebih putih daripada warna kulitku.
Jantungku berdetak laju. Leherku seperti disentuh hembusan nafasnya yang kebasahan. Sehingga tangan aku bawa mengusap leher yang dilindungi oleh rambut mencecah ke leher. Emosiku berlainan pula. Tidak seperti dua jam yang lalu.
“Tak apa ke saya duduk sini? Kawan belum datang lagi, kan?” tebaknya, disulami senyuman yang kini menggetarkan hatiku pula. Aduhai...apa yang sedang berlalu? 
“Saya nampak Adira lalu depan ofis tadi. Lepas tu, saya ikut sampai sini. Awak tak marah, kan?” soalnya lagi.
Dan aku terus terkunci mulut. Tanganku basah, aku bawa ke bawah meja. Meramas seluar jeans yang cukup tak selesa.
Seketika, tanpa aku pinta, dia bingkas ke kaunter, membuat pesanan sementara aku bertarung meredahkan kegugupan yang baru melanda diriku. Macam mana dia ada di sini? Mana satu pejabatnya? Aku tertoleh-toleh, sedangkan aku berada dalam Starburck yang dilengkapi penghawa dingin.
Seketika, dia kembali bersama dua cawan capucina latte dan diletakkan satu di hadapanku.
“Awak tak kisah, kan? Ini saya belanja. Anggap macam kita dating first time.”
Aku yang tadi tertunduk-tunduk, pantas angkat muka dan bertemu dengan renungannya yang mengusik jiwa. Seluruh wajahku merona merah. Apatah lagi apabila dia senyum, sambil menghirup straw di bibirnya.
“Awak memang pendiam ke? Tak cakap sepatah pun.” Akhirnya, dia macam kurang selesa.

Kali ini, aku pula senyum. Bersama suara mendehem sahaja.
“Ohhh, saya rasa awak tak biasa dating, kot.”
Cisss! Aku tercabar.
“Taklah...pernah.”
“Ohhh..” dia terkejut. Dan aku takut dia terasa pula.
“Berapa kali dah awak dating sebelum ni?” Dia pandang aku serius pula. Hilang senyuman sebelum ini.
Aku cuba mencongak sesuatu yang sebenarnya aku tak perlu nak kira pun. Dating? Tak pernah terjadi dalam hidup aku. Bukan sebab takda yang ajak, tapi sebab aku tak berani berdua-duaan begini. Tengoklah apa jadi sekarang ni.
Aku tak boleh lari daripada menatap wajahnya. Makin aku pandang wajah bulatnya, makin aku rasa dialah lelaki yang paling comel pernah aku jumpa. Makin aku selami kehitaman di matanya, makin terpaut sayang menyelam ke dalam hatiku pula. Makin aku tenung kemanisan senyumannya, makin terbuai-buai pula naluri dalam istana hatiku ini. Ya, hati makin sayang, jiwa boleh melayang-layang.
Adesss! Susahlah nanti kalau terlekat sayang.
“Banyak sangat ke sampai tak terkira?” dia usik aku, tapi wajah tetap serius semacam.
“Taklah...sebenarnya...” Ahhh, aku betul-betul terperangkap. “Saya tak pernah dating macam ni...” suaraku tenggelam di hujung ayat.
Aku perhati kelopak matanya terbuka lebih besar. Sah! Dia tak percaya apa yang aku cakap.
“Kalau saya nak keluar dengan lelaki...saya minta teman anak saudara. Atau emak atau adik-adik saya...atau saya tak keluar langsung.”
Yup! Aku berterus-terang. Secawan capucino panas aku hirup perlahan. Malu sikitlah bila dia membisu seketika.
“Maksudnya, sayalah lelaki yang bertuah itu. Dapat dating dengan awak.”
“Terdating tanpa sengaja.” Aku betulkan juga ayatnya. Dalam erti kata sebenar, dia tahu aku iktiraf pertemuan ini sebagai dating.
Sambil kocak-kocak air dalam cawan, aku rasakan hatiku berkocak sama bila dia senyum juga akhirnya. Tanpa sepatah kata.
“Awak buat apa kat area ni?” soalnya setelah masing-masing melayan perasaan sendiri. Terbuai dalam senyuman dan renungan masing-masing.
Serta-merta aku teringatkan tujuan aku yang asal. Dengan wajah kalut, aku jenguk jam telefon.
“Awal lagi, takkan nak balik?” dia semacam kecewa.
“Taklah, saya nak ke kedai buku.” Aku periksa jam sekali lagi. Aku malas nak berseksa di jalan raya. Kalau balik lambat akan bertembung dengan orang yang balik dari kerja. Pasti aku akan stress berlipat kali ganda.
“Kat belakang ofis saya ada kedai buku. Kalau awak nak, sekejap lagi saya temankan ke sana.”
Aku bulatkan mata. Dia tenung aku pula.
“Sebenarnya, awak ni manis orangnya.”
Cis!!! Sabarlah wahai hati. Kenapa tetiba dia keluarkan ayat yang aku banggakan selama ini? Yup! Aku tahu aku ni manis orangnya.
“Bukan setakat manis. Sedap jer mata ni memandang.”
Ya Allah, aku dah jatuh cinta.
Tak tertahan melihat ke dalam renungan matanya yang mengasyikkan berhias senyuman yang menyimpul godaan, aku lekas-lekas bangkit.
“Saya balik dululah.” Aku tolak kerusi mahu melangkah tapi kakiku tersekat apabila tanpa amaran, dia paut tanganku.
“Haris!” Aku terjerit tanpa rasa bersalah. Anak mata aku larikan dan memberi isyarat kepada tangannya di tanganku.
Bimbang mengundang reaksi orang lain di Starbuck, dia lepaskan tangan sambil memberi isyarat agar aku kembali duduk. Aku akur juga walau hati dah mula tak senang.
“Sorry ya kalau awak marah saya sentuh awak tanpa sengaja.”
Okey...dia balas balik pada aku. Tersentuh tanpa sengaja. Banyaklah kecadak dia! Tapi...aku diam. Dia dah minta maaf pun.
“Awak jangan risau, kita kan dah nak kahwin juga,” selanya, membuat jantungku hampir meletup.
Aku hanya mampu merenung seribu soalan terus ke dalam matanya. Dia balas dengan renungan yang sama.
“Mak awak tak cakap ke kita bakal berkahwin.”
Aku geleng. Seingat aku tadi, masa aku keluar rumah, dia takdalah cakap apa-apa. Tapi bunyi ayat-ayat dia tu macam aku kena reject saja. Sedihlah.
“Ohhh, maybe sebab saya cakap kat mak, saya nak kiv dulu.” Haris berterus-terang. Dan jantung aku yang hampir meletup tadi tiba-tiba mengecut semula.
Aku pandang dia dengan sinaran mata yang kian malap. Bagai mengerti kehampaan yang terbias, dia senyum.
“Saya kata KIV, bukan hold. KIV tu tangguh seketika. Maknanya, saya tak benarkan mak untuk bagi jawapan. Kalau hold, saya biarkan sahaja masa berlalu sehingga awak lelah menanti.”
Aku diduga olehnya? Berani-beraninya dia.
“Saya tak kemaruk untuk berkahwin. Kalau terpaksa membujang sampai ke mati, saya redha kalau itu ketentuan Allah. Saya takkan biarkan masa berlalu dan menguji keinginan saya.” Suaraku yang tadinya sayup-sayup dan jarang-jarang terlepas dari bibir kini tidak mahu diam.
Haris pandang aku dalam-dalam. Tanpa sejentik senyuman lagi. Tapi aku belum puas.
“Kalau Allah datangkan awak untuk menguji saya, minta maaflah encik Haris. Saya masih selesa dengan hidup saya sekarang. Kalau encik Haris rasa nak buang masa dengan saya, maaflah...saya tak berminat.”
Aku renung dia, menanti jawapan. Tapi dia sekadar memandang aku tanpa kerdip. Tidak tahu apa yang difikirkannya. Lalu, aku bangkit dan beredar dari situ, tanpa sedetik ragu.
Ahhh, hanya hatiku yang berdetik kencang sejak tadi, masih belum mahu surut.

14 comments:

  1. Hmmm.. cian dira, byk kali kna tolak putus tunang..
    Harap2 haris ni xmcm tu lah..

    ReplyDelete
  2. Hmmm.. cian dira, byk kali kna tolak putus tunang..
    Harap2 haris ni xmcm tu lah..

    ReplyDelete
  3. hmmmm...kiv ya dira...best teaser nie

    ReplyDelete
  4. amboi nak kiv sampai dura lelah ye...apa tujuannya. haris ni yang comel tu ke

    ReplyDelete
  5. waaa... dating lagi.. nak lagi Bell

    ReplyDelete
  6. Dira jgnlah cepat sgt sentap adalah sbb haris buat mcm tu...

    ReplyDelete